03 September 2017

# diet dan sihat

Tips untuk mengelakkan dari sakit tulang belakang.

Tips untuk mengelakkan dari sakit tulang belakang. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, semakin kita meningkat umur, risiko sakit tulang belakang jugak semakin meningkat. Kalau orang yang kerjanya memang mengangkat barang, lebih-lebih lagi barang yang berat, pun tak kan terlepas dari terkena sakit tulang belakang ni. So, untuk mengelakkan dari ini berlaku, ada tips yang boleh dipraktikkan. Paling tak pun, kita dapat mengurangkan risiko terkena sakit ni.

Jom semak apakah tips itu...

Tips untuk mengelakkan dari sakit tulang belakang.

Tips untuk mengelakkan dari sakit tulang belakang.


Semasa korang mengangkat barang, korang kena bengkokkan kaki, bukan tulang belakang korang. Kemudian, bawa beban dekat pada badan dan keraskan otot perut semasa mengangkat. Kalau korang susah nak mengangkat barang tu berseorangan, dapatkan bantuan orang untuk membantu. 

Semasa duduk pulak, korang kena rapatkan punggung dan sandarkan belakang korang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya. Ini akan dapat mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang. Akan tetapi, korang kena pastikan ketinggian tempat duduk korang tu sesuai dan kedudukan paha pulak selari dengan lantai. Lakukan aktiviti  dengan senaman/regangan/berjalan.

Bila memandu pulak, korang kena duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut korang selaras dengan pinggang. Sebaiknya, letak tuala yang digulung atau penyokong di bahagian bawah belakang kalau perlu. 

Sewaktu tidur pulak, tidurlah di atas katil yang tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Kalau korang tidur secara mengiring, bengkokkan sedikit lutut korang supaya ia bersenaman. Kalau korang tidur secara menelan tang pulak, letakkan bantal di bawah lutut korang.

Semasa berdiri dan berjalan, ubah posisi berdiri dengan kerap kalau korang kena berdiri lama. Kemudian, korang berdirilah secara tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan. Semasa berjalan pulak, dagu ke dalam, kepala tekak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Sebaiknya, pakailah kasut yang mempunyai tumit yang rendah dan selesa.


Semoga bermanfaat.


Sumber Facebook page Kelab Mama.

2 comments:

  1. Kita sebagai blogger ni risiko sakit belakangkan. Ngadap komputer. hahaha...bagus tips ni.

    ReplyDelete
  2. sepupu rabia sakit tulang belakang..tapi dia tak nak pergi hospital buat fisioterapi

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.