DIY

Jom buat masker semulajadi untuk tegangkan kulit.

By Cikla Shahril - October 11, 2017

Memiliki kulit yang cantik dan tegang menjadi idaman semua orang terutamanya perempuan. Kalau korang nak tau, kulit pada seluruh badan kita akan mengalami proses regenerasi sepanjang hayat. 

Dengan meningkatnya usia, kulit kita akan hilang kemampuannya terhadap pemulihan itu  secara berperingkat. 

Kesannya, kulit akan jadi kendur, malah kedut-kedut halus akan memunculkan dirinya pada sekitar mulut  hidung dan dagu. Ketegangan kulit pun akan semakin menurun. 

Jom buat masker semulajadi untuk tegangkan kulit.

Walaupun di pasaran memang banyak produk kosmetik yang boleh membantu mengatasi masalah ni, tapi macam cikla selalu cakap bahan semulajadi adalah adalah lebih baik. 

Ini kerana ia bebas dari bahan kimia, selamat dan yang paling penting murah serta bahannya mudah dicari. Nak tau tak macam mana nak buat masker homemade? Jom baca sampai habis.

Ada 3 cara mudah yang boleh kita praktikkan untuk membuat masker sendiri di rumah, iaitu;

Gabungan madu dan susu.

Gabungan yang mantap ini dikatakan mampu menengangkan kulit seterusnya mencerahkan kulit secara semulajadi. 

Caranya sangat senang, iaitu campurkan 1 sudu madu dan 5 sudu susu sebelum disapukan pada muka secara rata. 

Selepas itu, biarkan sampai ia kering di muka korang tu sebelum dicuci dengan menggunakan air bersih. Untuk kesan yang bagus, amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Gunakan pisang.

Walaupun pisang memberi kebaikan pada kesihatan, ia jugak amat bagus untuk kecantikan kulit. Pisang yang dijadikan masker dikatakan mampu menegangkan kulit kita sepanjang hari, di samping mengurangkan kedutan sekaligus melembutkan kulit. 

Caranya, lenyek beberapa biji pisang yang telah masak dalam sebuah mangkuk, kemudian tempelkan pisang yang telah dilenyek itu pada seluruh muka, leher dan bahagian atas dada secara rata. Biarkan sekejap almost 20 minit dan cuci dengan air bersih.

Campuran putih telur dan lemon.

Memang cikla tau, ramai orang cakap putih telur memang sangat bagus menegangkan kulit. Ia jugak mampu mengecilkan liang pori-pori kulit sekaligus menjadikan muka kita berseri-seri. 

Caranya, ambil sebiji telur dan asingkan putih dari kuningnya. Selepas itu, tambahkan sedikit air perahan lemon dan pukul campuran tersebut sampai ia berbuih dan kembang. 

Bila sudah kembang, oleskan campuran tersebut pada muka dengan menggunakan berus lembut dan biarkan ia kering. Setelah itu, cuci muka dengan air suam sampai bersih.

Selamat mencuba!

Sumber Ruangan Stailo.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Aira pernah buat yang putih telur je. Memang best :)

    ReplyDelete
  2. kalu aida buat pisang tu, sure ijat mengamuk.
    feveret dia tu.
    kita buat mask plak :) ha ha ha ha...
    anyway, tips ni mudah kan. tak perlu beli mask beratus rm.

    ReplyDelete