02 October 2017

# cinta dan rumahtangga

REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi.

REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi. | Assalamualaikum wbt. Sebelum tu, untuk pengetahuan korang, reunion bermakna pertemuan semua yang telah dirancang selepas lama tidak berjumpa antara satu sama lain. Basically, tujuan reunion ni adalah untuk menyambungkan semula hubungan persahabatan yang sudah lama terputus sekaligus mengeratkan kembali hubungan tersebut. Ada yang menimbulkan persoalan, yang mana reunion ni adalah tempat untuk menyambung kembali cinta lama yang telah terputus dulu. Sejauh manakah ia benar, dan apakah peranan kita sebagai suami atau isteri untuk mengelakkan daripada ia berlaku?

Bagi cikla, kalau dua-dua masih single lagi takpelah kan. Tapi, macam mana pulak kalau kedua-duanya sudah berkahwin. Kan dah timbul masalah lain pulak. Memang tersasarlah makna dan tujuan sebenarnya reunion itu. Apa kata kita baca apakah yang si suami atau si isteri kena tau sebelum mereka mahu menghadiri majlis reunion. Jom baca perkongsian ni...

REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi.

REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi.


Sebenarnya, family-based reunion adalah yang paling selamat sebab ia dapat menghindarkan diri kita dari perasaan curiga yang mungkin terdetik di hati, selain ia dapat mengelakkan mungkin wujudnya ruang cinta berputik semula. Amboi, kiranya reunion ni macam sesi bertemu kembali kekasih lama lah ye. Emm... Di samping  itu, selain dari dapat mengeratkan kembali hubungan ibubapa, ia juga dapat menggalakkan hubungan silaturahim sesama anak-anak jugak.

So, sebaiknya kalau nak menghadiri reunion tu, korang bawaklah sekali keluarga korang tu, untuk tujuan perkenalan dan memanjangkan persahabatan sesama isteri-isteri dan suami suami, termasuklah anak-anak masing-masing. Berikut merupakan tips untuk suami atau isteri sebelum mereka mahu menghadiri reunion, iaitu;

  1. Pasang niat yang betul mengapa korang nak menghadiri reunion tu? Adakah untuk bertemu rakan lama atau sebaliknya. 
  2. Sebaiknya elak sebab korang nak menghadiri reunion ni untuk mengelakkan diri dari konflik rumah tangga korang ataupun mencari semua kekasih lama untuk mengubati luka di hati. 
  3. Tak kiralah suami ataupun isteri, kalau korang nak pergi reunion tu korang bawaklah pasangan masing-masing. Di sana nanti korang boleh perkenalkan mereka pada kawan-kawan korang tu. So, lebih nampak ikhlas sikitkan tujuan korang nak pergi reunion. 
  4. Kalau boleh, elak daripada terlalu bercerita pasal kenakalan korang pada pada masa dahulu, lebih lagi kalau melibatkan cinta monyet. Tak pasal-pasal muncung pulak orang sebelah tu. Hehe. 
  5. Pada masa yang sama, kalau kita ikut suami atau isteri kita pergi majlis reunion mereka, kawal perasaan cemburu lebih-lebih lagi kalau melihat 'keakraban' pasangan kita dengan sahabatnya. 
  6. Jangan terlalu terbawa-bawa dengan 'kenangan' korang dulu. Yang lepas biarlah berlaku. Lagipun sekarang masing-masing sudah berkeluarga. Apa yang penting adalah apa yang korang miliki sekarang ni.

Bagi cikla, tak kira suami atau isteri Jagalah batas pergaulan. Tak salah menghadiri reunion just untuk menyambungkan kembali hubungan persahabatan yang terputus dulu, tapi jangan pulak ambil kesempatan.

Sejarah tak mungkin berulang, apa yang penting hubungan persahabatan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila. Insha Allah.


Sumber Ruangan Psikologi Perkahwinan.

4 comments:

  1. dh lama xpegi reunion tp kalo setakat reunion ngan kwn sama2 jantina okla

    ReplyDelete
  2. Tak paham yang pergi reunion beriya taknak bawa pasangan tu.

    ReplyDelete
  3. Setuju tu cikla, batas pergaulan perlu jaga..
    Paling selamat, bawa jer pasangan memasing, muehehe...

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni. sebab selalu banyak benda negatif jadi selepas reunion.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.