Nak tahu apakah sifat semulajadi seorang perempuan? Baca ini.

By Cikla Shahril - November 03, 2017

Allah menciptakan perempuan itu sangat istimewa. Ada beberapa sifat semulajadi yang Allah beri pada insan istimewa ini. Bukan cikla nak cakap lelaki ni tak special, tapi rasanya sifat perempuan tu lebih lagi.

Nak tahu apakah sifat semulajadi seorang perempuan? Baca ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Korang nak tau tak apa yang istimewa sangat mengenai diri seorang perempuan ni? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

  1. Seorang perempuan itu suka didengarkan. Ini bermakna, kalau dia tengah marah atau membebel, dengarkan aje bebelannya. Kalau dia larat nak membebel 7 hari 7 malam sekalipun, biarkanlah. Biarkan, asalkan dia puas. 
  2. Cikla rasa semua orang sukakan kelembutan, begitu jugak dengan perempuan. Itu sebabnya, kalau korang bercakap kasar even tertinggi suara sikit pun dengan dia, mudah sangatlah dia terasa hati. Ingat orang marah dia, padahal memang sejak azali suara korang tu kuat. Hehe. Lagi satu, korang kena ingat jugak, sekali korang 'berkasar' dengan dia, 10 kali dia akan berkasar dengan korang pulak.
  3. Perempuan dan 'kejutan' memang tak boleh dipisahkan. Haha, setuju tak? Kalau cikla, cikla memang setuju. Siapa yang tak suja suprise kan, lebih-lebih lagi kalau suprise nya dapat hadiah yang best. Lagilah berbunga-bunga hati, senyum sampai ke telinga. Tapi kan, tak payahlah nak bagi hadiah besar kat dia, cukuplah korang bagi ciuman paling lembut untuk dia, itu pun dah buat dia rasa happy sangat. 
  4. Perempuan sukakan sentuhan dan perhatian dari yang tersayang. Kadangkala, perhatian itu lebih penting dari harta yang melimpah. Bukan cikla nak kata wang ringgit, harta tu tak penting, penting jugak, tapi apa gunanya semua tua kalau hidup rasa kosong, sunyi, dan keseorangan. Si dia asyik sibuk 24/7.

Bagi cikla, semuanya mestilah seimbang. Ada give and take kata orang putih. Saling memahami dan tolak ansur tu penting. Juga, jangan mementingkan diri sendiri. Insha Allah, hubungan akan kekal hingga ke Jannah.

Sumber Facebook page Dakwah Muslim.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. untung jadi perempuan kan... lembut tapi kuat, lemah tapi tabah,

    ReplyDelete
  2. Mama pun nakntau juga sifat perempuan tu

    ReplyDelete
  3. sfat semulajadi begini wajar sang suami mengetahuinya..

    berleter perkara biasa..

    sakit kat telinga jangan sampai sakit kat hati..

    aiseymen.

    ReplyDelete