Tanda-tanda stress yang korang kena tahu.

By Cikla Shahril - November 13, 2017

Stress, tekanan, stress, tekanan, stress, tekanan. Cikla rasa semua orang pernah mengalami stress. Betul tak? Tapi, kalau korang nak tau, menurut satu artikel dari psychologytoday.com, wanita lebih cenderung mengalami stress jika nak dibandingkan dengan lelaki. Sebab apa?

Ia sebenarnya dipengaruhi oleh perubahan hormon yang mana mereka lebih mudak rasa stress terutama bila menghadapi masalah. 

Di samping itu itu, faktor lain adalah sikap perempuan yang 'terlalu' banyak berfikir selain dari tanggungjawab melibatkan keluarga dan kerjaya yang terpaksa digalas. 

Untuk pengetahuan korang, tekanan atau stress ni boleh dikategorikan kepada dua, iaitu eustress (positif) dan distress (negatif). 

Sebenarnya, tekanan positif memang perlu, tapi kalau ia tak terkawal dan menjadi melampau, sekaligus menyebabkan pelbagai penyakit senyap muncul. 

Ada yang mengatakan, tekanan dan gaya hidup adalah saling berkait sebab sesetengah orang yang rasa tertekan untuk melakukan kerja mereka akan cenderung memilih gaya hidup yang salah untuk mengurangkan tekanan itu.

Tanda-tanda stress yang korang kena tahu.

Ada beberapa tanda stress yang korang kena tau sebab sesetengah orang tidak menunjukkan tanda stress yang sama. Senang cakap, lain orang lain tandanya. 

Secara umumnya, tanda-tanda stress adalah pelbagai seperti berpeluh, menggigil, pening, muntah dan ada juga yang pengsan. Tapi, tanda-tanda stress jugak boleh dikategorikan kepada 4, seperti berikut;

  1. Tanda fizikal seperti rasa letih, pening kepala, susah nak tidur (insomnia), sakit di bahagian badan terutamanya di bahu dan belakang, rentak jantung yang laju, sakit dada, loya, menggeletar seluruh badan, sejuk tangan dan berpeluh. 
  2. Tanda mental seperti hilang daya tumpuan, mudah lupa, payah nak decide sesuatu perkara, tak boleh nak berfikir, fikiran bercelaru dan tak boleh dibawak bergurau. 
  3. Tanda emosi seperti rasa risau yang melampau, bimbang tak tentu hala, sugul, mudah marah dan kecewa, sentiasa merasa takut, selalu sensitif dan hilang sabar serts bersifat pemarah atau panas baran. 
  4. Tanda tingkah laku atau kelakuan, seperti bersikal keluh kesah, suka menggigit kuku dan menggoyangkan kaki, makan secara melampau, terjerit-jerit, suka memaki hamun dah mengungkit serta menyalahkan orang lain di samping berkelakuan agresif.

Walaupun begitu, ada sesetengah simptom atau tanda ini mungkin seakan sama dengan petanda sakit jantung tapi tak semestinya. Adalah sangat penting kita bijak menguruskan tekanan dan stress. 

Sebagai seorang yang beragama Islam, apa yang paling penting adalah dengan meningkatkan amalan dan ibadat kita dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menunaikan solat. 

Selain itu, kita digalakkan melakukan apa saja aktiviti yang sihat yang mungkin dapat mengurangkan tekanan dan stress kita seperti berkebun, mendengar muzik, melancong dan sebagainya. 

Senang cakap, amalkan gaya hidup yang sihat InshaAllah, kita akan dapat mengatasi masalah tekanan atau stress ni dengan baik.

Sumber Ruangan Hati Harian Metro (Dr. Haizal Haron, Pakar Perubatan dab Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC)).

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Bahaya ne kena jaga emosi betul2 idok tak pasal boleh kena sakit jantung

    ReplyDelete
  2. dtg blog ni terus stress...hehhhee....just kidding ya... :)

    ReplyDelete
  3. tu la kan ramai yang rasa macam biasa tapi rupanya stress

    ReplyDelete
  4. semoga kita dapat atasi stress dengan cara yang sepatutnya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. Baru mya tahu yg stress ada mcm2 kategori. Thanks for sharing.

    ReplyDelete