Tips untuk muslimah bertudung sesuai dengan bentuk muka.

By Cikla Shahril - November 01, 2017

Cikla percaya, kebanyakan wanita yang bertudung tak kiralah berselendang, bertudung bawal, shaw labuh dan pashmina mesti sangat menitikberatkan kesesuaian tudung yang mereka pakai dengan bentuk muka. Bukan apa, ia sangat penting sebab akan mempengaruhi penampilan diri kita jugak. Memang tak dinafikan yang zaman sekarang ni macam-macam jenis fesyen tudung diperkenalkan. 

Tapi, adakah fesyen ni semua sesuai dengan bentuk muka kita? Tak semestinya orang pakai ok, kita pakai pun ok. Bentuk muka kita tak sama dengan orang lain. So, cikla nak share dengan korang 5 tips macam mana nak pilih tudung mengikut kesesuaian bentuk muka kita. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Tips untuk muslimah bertudung sesuai dengan bentuk muka.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Berikut merupakan tips untuk memilih fesyen bertudung yang sesuai dengan bentuk muka kita, iaitu;

Bentuk muka bujur.

Kalau bentuk muka korang bujur, memang korang beruntung sangat tau, sebab korang boleh menggayakan apa jugak jenis fesyen dan gaya semasa korang memakai tudung. Korang pakai ajelah apa-ala jenis tudung, memang nampak cantik sokmo. Lepas ni korang tak perlu nak takut untuk mencuba gaya fesyen bertudung yang terkini.

Bentuk muka panjang.

Kalau korang mempunyai bentuk muka seperti ini, sebaiknya korang kena elakkan sama sekali gaya tudung yang melekat pada muka sebab ia akan buat muka korang nampak lagi panjang. Pilihlah gaya tudung yang longgar yang mana ia mempunyai volume atau lilitan di bahagian tepi kepala. Bukan apa, ini akan memberi illusi kepada 'keluasan' muka yang berkurangan.

Bentuk muka bulat.

Untuk mereka yang mempunyai bentuk muka bulat, paling bagus adalah jangan pakai anak tudung atau tudung yang menutup bahagian dahi korang sebab ia akan buat muka korang nampak lebih pendek. Pastu, gaya tudung yang mempunyai lilitan di bahagian telinga jugak tak sesuai sebab akan buat muka korang nampak lagi lebar. The best is korang adalah pakai tudung dari jenis stretch sebab ia mampu memberi volume kepada muka korang sekaligus buat bentuk muka korang illusi bujur.

Bentuk muka segi empat. 

Kalau korang mempunyai bentuk muka sebegini jangan sekali-kali memakai tudung yang melekat pada muka. Biasanya, orang yang bentuk mukanya segi empat mempunyai tulang rahang yang lebih terserlah. Apa yang terbaik untuk korang, pilih gaya tudung yang boleh memberikan ilusi muka yang lebih bujur. Korang boleh membentuk tudung di bahagian rahang dan dagu supaya nampak lebih bulat atau bujur. Selain itu, dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi supaya bentuk muka nampak lebih runcing.

Bentuk muka tiga segi atau bentuk hati.

Kalau korang memiliki bentuk muka seperti ini, gaya lilitan tudung yang sesuai digayakan adalah lilitan ketat di bahagian atas kepala atau dahi. Pilih anak tudung yang berbentuk separuh bulatan dan gaya tudung yang longgar jugak sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka ini sebab bahagian dagu yang kecil akan memberi ilusi, yang menjadikan bentuk muka korang seperti bentuk berlian.

Bagi cikla, berfesyenlah asalkan ia menetapi syariat yang ditetapkan dan apa yang penting jangan jadi mangsa fesyen. Memang sangat tak berbaloi. 

Sumber Sinar Harian.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. hahah sye men hentam je..ikot dan je hahaha

    ReplyDelete
  2. Yang berkaca mata kena double usaha memilih untuk menggayakan tudung yang bersesuaian :)

    ReplyDelete
  3. Suka pakai shawl sbb senang nk gayakan ikut muka..

    ReplyDelete
  4. Betul. Saya memiliki bentuk muka segi empat. Kalau saya pakai shawl memang muka saya nampak lagi tembam. Paling elok pakai bawal.

    ReplyDelete