Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.

By Cikla Shahril - November 23, 2017

Apabila seseorang pesakit tiroid itu mempunyai bengkak di bahagian hadapan leher iaitu di kelenjar tiroid, dia mesti melakukan ujian biopsy untuk menentukan sama ada bengkak tersebut adalah benign atau malignan (bahaya). 

Mungkin ada yang tak tau apakah itu kelenjar tiroid. Kalau korang nak tau dan kalau yang dah tau nak refresh balik, korang klik link di bawah ni.

Cikla ingat lagi, dulu sebelum cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy untuk membuang kedua-dua belah kelenjar tiroid cikla ni, cikla memang ada buat ujian biopsy. 

Ujian biopsy dilakukan pada nodul sebelah kanan kelenjar tiroid cikla, yang sebelah kiri iaitu bengkak yang lebih besar (almost 5 cm) takde buat ujian ni pun.

Hasil awal biopsy tu menunjukkan suspek kanser. Allahu. Time dengar doktor cakap memang tergamam. 

So, nak tak nak memang cikla kena buat pembedahan buang kesemua tiroid jugak. Tapi, takpelah. Cikla redha dah. Ini ujian untuk cikla. Tapi, cikla syukur cikla sihat. Alhamdulillah. 

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya, cikla nak share jenis-jenis biopsy yang mungkin akan dijalankan ke atas seseorang pesakit yang mempunyai bengkak dilehernya. 

Kalau korang nak tau, bukan untuk bengkak tiroid je biopsy ni, tapi untuk penyakit lain pun ada menggunakan ujian ni, contohnya untuk mengesan kanser payudara dan lyphoma (betulkan kalau cikla salah).

Menurut Prof. Rohaizak Muhammad, pakar endokrin dan payudara PPUKM, biopsy sebenarnya adalah dalam banyak bentuk. 

Antaranya adalah, cara pertama adalah dengan menggunakan jarum halus iaitu FNAC (Fine Needle Aspiration Cytology) yang mana jarum halus tersebut akan dicucuk pada bengkak bagi mengambil sampel dari bengkak tersebut untuk diuji. 

Kadang-kadang, ia dikenali sebagai FNA atau FNAB (Fine Needle Aspiration atau Fine Needle Aspiration Biopsy).

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.
Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. Kredit Google. 

Cara kedua untuk tisu diambil adalah dengan cara yang lebih besar iaitu core biopsy. Ia biasanya adalah dengan menyuntik sedikit ubat bius pada kulit. 

Akan tetapi, cara ni jarang dilakukan untuk tiroid tapi mungkin dilakukan untuk bengkak kelenjar.  

Cara ketiga ialah biopsy secara pembedahan iaitu dengan membuang sebahagian dari bengkak incision biopsy dan cara ni juga jarang dilakukkan.

Tapi, kalau semua cara yang disebutkan di atas tak berjaya memberi diagnosis yang conclusive, doktor akan melakukan kaedah membuang kelenjar atau bengkak tiroid untuk  menentukan kanser atau tidak melalui cara keempat, iaitu dengan melakukan kaedah sama ada excision biopsy, lobectomy atau hemithyroidectomy.

Untuk pengetahuan korang, cara biopsy 1 dan 2 dilakukan supaya kanser dapat dikesan dan didiagnos lebih awal. Nanti pembedahan hanya sekali saja, iaitu membuang kedua-dua kelenjar tiroid sekaligus. 

Untuk cara biopsy 3 dan 4, katakanlah selepas pembedahan didapati ada kanser, pesakit kena melakukan pembedahan sekali lagi untuk membuang semua tiroid.

Semoga info ini memberi manfaat dan sedikit ilmu pada yang memerlukan.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Terima kasih CikLa perkongsian ini..ilmu untuk semua ambil tahu.

    ReplyDelete
  2. Alamak takut pula baca...huhu.

    ReplyDelete
  3. Execute all of us canvas the brand new selfsame adjunctive within '.
    Plus DISH Network offers a bucket full of special offers and discounts for the first time subscribers.
    Here are some pictures captured from the The Hunger Games' first full
    video:. Graphs with origins other than zero distort gradients and variations.

    ReplyDelete
  4. kawan saya ada buat prosedurni.sebab ada tumor.buang sebelah kelenjar tiroid.tapi takut dah merebak ke sebelah lagi.last2 buang dua2 belah.kesian dia haritu kalsium dia drop sampai tak boleh jalan.sekarang on calcium supplement and ada pg putrajaya bt radioterapi

    ReplyDelete
  5. wow menarik

    jom la join n meriahkan GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete