Aishah, juara Gegar Vaganza musim ke-4. Tahniah!

By Cikla Shahril - December 19, 2017

Walaupun Gegar Vaganza musim ke-4 sudah 2 hari berakhir, namun kehangatan rancangan realiti nombor 1 itu masih terasa. Sejujurnya, ni kali pertama cikla menonton rancangan ni. Maklumlah, baru tahun ni cikla ada Njoi di rumah. Hehe. 

Cikla memang mengikuti Gegar Vaganza ni sejak dari minggu pertama lagi. Setiap minggu para peserta memberi saingan sengit untuk berentap ke minggu seterusnya. 

So, semasa final stage hari tu, hanya 6 orang yang layak iaitu Tia Jinbara, Lan Solo, Hazami, Liza Hanim, Aishah dan Firman.

Dari awal lagi, Aishah dan Liza Hanim memberikan aksi yang konsisten, terutamanya Aishah. Walau usianya dah masuk 50-an, tapi tenaganya. Wow. 

Tak keterlaluan kot kalau cikla cakap tenaganya setanding dengan tenaga mereka yang lebih muda dari dia. Cayalah kak Aishah. Setiap minggu menang dia nampak sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menyempurnakan setiap task yang diberi. 

Lagipun, boleh dikatakan lagu-lagu yang diberi kepada semua peserta kebanyakannya semua bernada tinggi. Kalau yang tak cukup stamina, memang pancitlah. Huhu.

So, cikla nak share jugaklah keputusan penuh Gegar Vaganza musim ke-4.

Aishah, juara Gegar Vaganza musim ke-4. Tahniah!
Aishah, juara Gegar Vaganza musim ke-4. Tahniah! Gambar kredit astro gempak.
 
Juara : Aishah. 
Kedua : Liza Hanim. 
Ketiga : Lan Solo. 
Keempat : Hazami. 
Kelima : Firman. 
Keenam : Tia Jinbara.

Tahniah sekali lagi kepada Aishah. Dia memang layak. Memang sangat versatile.  Peserta yang lain pun best jugak. 

Bagi cikla dah layak dan beraksi di pentas akhir pun dah bagus dah tu. Ingat senang ke nak ke tahap itu. Betul tak? Cikla paling kagum dan tak boleh blah bila tengok masa dia (dan semua) peserta bawak lagu rap. Memang bestlah.

Tahniah sekali lagi pada semua. Dapat durian runtuh lagi tu. Masyukkklah.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. tahniah Aisyah...sy pun tak penah ikut ....nsb baik tau drpd blog ni... :)

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH AISYAH,memang patut pun dia menang

    ReplyDelete
  3. e'in ingatkan liza hanim yg juara.. hihi

    ReplyDelete
  4. Tahniah aisyah! suara dia mmg paduuu =)

    ReplyDelete
  5. Lumayan betul hadiahnya.
    Rezeki Aisyah.

    ReplyDelete