Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI).

By Cikla Shahril - December 02, 2017

Seorang pesakit kanser tiroid, mereka dah biasa mendengar tentang rawatan Radioiodin (RAI) ni. Radioiodine merupakan rawatan menggunakan cecair iodin yang beradioaktif. 

Ada beberapa sebab mengapa doktor menyarankan seseorang itu melakukan rawatan radioiodin ni, salah satunya adalah untuk menurunkan hormon tiroid yang tinggi bagi mereka yang mengalami masalah hyperthyroid.

Selain itu, ia jugak dilakukan untuk mengesan, membunuh dan menghalang sel-sel kanser tiroid dari merebak, di samping berfungsi mengecutkan bengkak tiroid tapi bengkak dari jenis yang tertentu saja. 

Bagi mereka yang mengambil carbimazole lebih dari dua tahun tapi hormon tiroid turun naik tak pernah stabil jugak disarankan melakukan rawatan ini.

Jangan risau, rawatan ini merupakan kaedah rawatan yang selamat dan berkesan. 

Tapi, bagi cikla tak kira dos tinggi atau rendah semestinya kita kena menitikberatkan faktor keselamatan selepas meminumnya sebab iodin yang diminum tu menghasilkan radiasi dan amat berbahaya untuk mereka yang sihat.

Ini kerana, selepas mengambil  RAI ni, seseorang pesakit itu perlu dikuarantin selama 8 hari. Biasanya, untuk kanser tiroid dos permulaan adalah tinggi dan perlu admit di ward selama 4-5 hari. 

Selepas itu, mereka perlu menyambung kuarantin di rumah untuk cukupkan 8 hari tempoh kuarantin. Kalau ada anak kecil, sebaiknya tempoh kuarantin ditambah beberapa hari lagi sebagai langkah berjaga-jaga.

Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI).
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

So, ada kesan ke bila minum iodin ni? Mestilah ada kan, lebih-lebih yang first time. Nak tau? Jom baca apa yang cikla nak share ni. 

Berikut merupakan kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan radioiodin (RAI), iaitu :

  • Rasa payau / hilang selera makan / hilang deria rasa sementara / lidah rasa seperti tebal. Yang ni memamg cikla alaminya selepas beberapa hari habis tempoh kuarantin. Kiranya kesan lambat sikit berlaku pada cikla. Orang lain tak taulah, waallahualam. 
  • (Metallic taste in your mouth). 
  • Kawasan dalam mulut rasa kering. 
  • Sakit tekak. Yang ni pun cikla pernah alaminya. 
  • Sakit pada leher, (RAI) Radioiodine boleh buatkan leher anda membengkak atau sakit. 
  • Rasa loya atau muntah, tapi tak teruk. 
  • Mengalami sembelit atau cirit birit. 
  • Keletihan. 
  • Tahap hormon tiroid yang luarbiasa rendah (Hypothyroidsm)/tahap hormon tiroid yg luarbiasa tinggi (Hyperthyroidsm). 
  • Kalau korang mengidap ‘Tiroid Mata’ (Thyroid Eye Disease/Grave’s Ophthalmopathy) ia akan menjadi lebih teruk (tapi sementara je) selepas ambik (RAI) Radioiodine.

Tambahan kesan yang berlaku pada cikla, cikla mengalami bengkak kelenjar liur tapi takdelah serius sangat. Kena pun lepas beberapa hari habis tempoh kuarantin. 

Mungkin masa lepas minum tu cikla kurang makan yang masam-masam. Sebab, ia penting untuk merembeskan air liur supaya radiasi mudah disingkirkan.

Translate from : https://www.webmd.com

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Da 2x minum rai. List kesan lps pngambilan rai lgsg 1 pon x de. Cuma rasa mngntok. Tp sy rasa mgntok tu sbb sy ni mmg kuat tdo. Tmbh2 lps mkn tghari msti nk mmbuta ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. ada org mmg x alami kesan teruk. mcm cikla dulu just hilang deria rasa kejap. itupun dose tinggi. masa dose rendah ok je.

      Delete
  2. Cikla.. nida tengah kuarantin untuk RAI ni. Doc bagi 2 mnggu sebab anak semua kecik lagi. Memang besar leher Kan. Hari ni nak makan pun Tak lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nida. Nida rai kanser ke hype? Dah berapa hari tu? ada org mmg akan alami mcm nida rasa, tp tak semualah. mkn buah yang masam2 dulu bg sedap tekak tu. mcm anggur ke, epal ke

      Delete
  3. Minggu lps saya minum radioiodine ni. Tapi saya tak rasa pape pon. Lepas minum tu macam minum air kosong je. Sampai lah seminggu rasa macam takde ape2 yg berlaku 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. kesan setiap org tak sama. ada yg ok, ada yg dpt kesan dia. awk rai hyper ke kanser. biasa yang dose tinggi lebih byk dpt kesan dia.

      Delete