Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.

By Cikla Shahril - December 15, 2017

Bagi cikla tak salah kalau kita mencuba rawatan alternatif. Tapi, kita tak bolehlah nak stop terus rawatan dan ubat hospital, lebih-lebih lagi bukan atas arahan doktor. 

Jangan, sebab hanya dari ujian yang dilakukan oleh doktor yang boleh mengetahui yang kita memang betul-betul sembuh sepenuhnya, lebih-lebih lagi pesakit kanser. Waallahualam.

Sebenarnya, cikla nak share satu perkongsian yang menarik.

Kalau korang merasakan ini adalah satu alternatif untuk sembuh, amalkanlah. Sesungguhnya sakit itu dari Allah, dan Allah jualah yang menyembuhkan. Jangan mudah putus asa, kuatkan semangat demi yang tersayang. 

Cikla pun sedang amalkan salah satu daripadanya. Insha Allah semoga kita mendapat manfaat darinya. So, Jom baca sampai habis.

Kaedah ini telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asmaul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan kepada sejumlah besar penyakit, dengan izinNya jua.

Beliau menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah SWT  merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yang tertentu.

Beliau mendapati bahawa sebutan iaitu dengan membaca dengan nama-nama Allah SWT boleh menyebabkan peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3 tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan:

Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh.

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi 
03. Tulang Belakang - Al Jabbar 
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. saraf - Al Mughni 
11. Arteri - Al Jabbar 
12. Perut - Al Razaqq 
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar 
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali 
18. Buah Pinggang - Al Hayy 
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq 
21. Hati - Al Nafi 
22. Pankreas - Al Bari 
23. Lemak Sacks - Al Nafi 
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid 
28. Saraf Mata - Al Zahir 
29. Kelenjar pineal - Al Hadi 
30. Tekanan Darah - Al Khafed 
31. Paru-paru - Al Razzaq 
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi 
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari 
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Bicarahati Asmaul Husna:

Zikir dan bicara hati untuk orang yang ada penyakit:

Darah tinggi.
"Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Khoofidh, sembuhkan penyakit darah tinggiku dan turunkan sukatan darah tinggiku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang."

Kencing manis. 
"Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Khoofidh, sembuhkan penyakit darah tinggiku dan turunkan sukatan gula dalam darahku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang."

Kolestrol.
"Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Khoofidh, sembuhkan penyakitku dan turunkan sukatan kolestrol dalam darahku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang."

Gastrik.
"Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Bathin, sembuhkan penyakit gastrikku dan hilangkan toksid dalam tubuhku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang."

Gout.
"Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Muqsith, sembuhkan penyakit goutku ini dan seimbangkan protein dan sihatkan sel-sel darah dalam tubuhku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang."

Untuk semua penyakit:
"Ya Baari' ya Hamid, basahilah lidahku untuk sentiasa memujiMu."

Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Amin.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments