Tips membentuk anak soleh.

By Cikla Shahril - December 16, 2017

Cikla pernah dengar, kalau nak membentuk anak soleh sebaiknya dari dalam kandungan lagi. Tapi, betul jugak kan. Dari keciklah kita didik sebab masih 'lembut' lagi. 

Esok-esok dah dewasa, dah jadi 'keras', memang sangat mencabarlah nak mendidik mereka. Lebih-lebih lagi di zaman yang sangat serba canggih. Lagi kuat pengaruhnya.

Ada 10 tip dan amalan yang boleh dilakukan untuk membentuk anak soleh, iaitu;

Tips membentuk anak soleh.
Tips membentuk anak soleh.

  1. Bacalah zikir Ya Latiff sebanyak 7 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak semasa anak sedang tidur atau hendak tidur. 
  2. Banyakkan membaca selawat ke atas Nabi apabila menyediakan makanan untuk ahli keluarga. 
  3. Bacalah surah Al-Insyirah di ubun-ubun anak semasa anak sedang tidur. 
  4. Bacalah surah Toha ayat 1-8 pada bila-bila masa semasa melakukan apa-apa aktiviti. Boleh jugak dibacakan semasa anak nak tidur. 
  5. Berdoalah setiap masa dengan jelas dan spesifik apa yang ibu dan ayah mahukan. Berdoalah dengan suara yang kuat agar ia boleh didengari oleh si anak. 
  6. Hidupkan suasana keislaman di dalam rumah. Selalu pasangan aluanan ayat suci Al-Quran dan zikir agar sentiasa biasa di telinga anak. Sebaiknya solatlah secara berjemaah dan bacaan hadis sesama ahli keluarga. 
  7. Semasa berkomunikasi dengan anak, gunakanlah ayat yang baik, terutama semasa memuji anak contohnya anak ibu anak yang baik, anak soleh ibu, anak rajin ibu dan sebagainya. Elak dari menggunakan kata-kata dan bahasa yang kurang elok seperti mencarut dan  memaki. 
  8. Kalau anak melakukan kesalahan, janganlah perbesarkan perkara tersebut sehingga menjatuhkan maruah si anak. Pujilah anak kalau dia melakukan kebaikan walaupun kecil. 
  9. Semasa ibu hendak tidur, bayangkanlah anak seorang anak yang baik, soleh, mendengar kata. 
  10. Apa yang paling penting, sebagai ibu ayah yang baik, tunjukkanlah contoh dan teladan yang baik kepada anak. Semua anak menganggap ibu dan ayah mereka sebagai role model kerana mereka sentiasa memerhati apa saja tingkah laku orang tua mereka.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ibu dan ayah. Aamiin.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments