Selepas 1 minggu masuk tadika....

By Cikla Shahril - January 10, 2018

Orang lain minggu pertama dah interframe anak sekolah kan, cikla je tertinggal keretapi. Huishhh. Tapi takpelah. Nak share jugak cerita pasal anak bujang cikla yang sorang ni.

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu kedua sesi persekolahan dibuka kan. Sekejap je kan. 

Tahun ni juga abang Ammar dah mula sekolah tadika. Kakak Batriysia dah darjah 2, kakak Damia dah 6 tahun. Opahnya tanya juga, tak kecik sangat ke nak sekolahkan abang Ammar. 

Kecik memanglah kecik, tapi pada cikla pada umur sebegini (abang Ammar baru 4 tahun), ia adalah sebagai permulaan dalam pergaulan pertama bagi Ammar yang lebih luas.

Kalau sebelum ni, yang di tengok atau kawan hanya adik beradik dan sepupu sepapat yang tinggal berdekatana rumah, tapi bila dah masuk tadika ni, dia mungkin boleh berkawan dengan lebih ramai. 

Lagi satu, ini merupakan step pertama untuk dia belajar mematuhi arahan yang diberikan oleh cikgu.

Hari pertama tadika, alhamdullillah abang Ammar ok je. Tapi, masa balik sekolah kakaknya mengadu abang Ammar 'dibuli'. Apa lagi, nangis lah tu. Abang Ammar ni pulak tak pernah nak mengadu apa yang berlaku di tadika. 

Selepas 1 minggu masuk tadika....
Selepas 1 minggu masuk tadika.... 

Selepas 1 minggu masuk tadika....
Selepas 1 minggu masuk tadika.... 

Selepas 1 minggu masuk tadika....
Selepas 1 minggu masuk tadika.... 

Gambar tu masa hari pertama dia masuk tadika. Memang nampak sangat bersemangat. Bangun pagi pun awal. Lepas bangun, tak payah ibunya nak bising-bising, terus pergi bilik air. Good, good. 

Walaupun apapun, cikla memang salute dengan kesabaran cikgu menguruskan kanak-kanak tadika terutama kanak-kanak yang aktif. 

Selepas 1 minggu masuk tadika....
Selepas 1 minggu masuk tadika.... 

Selepas 1 minggu masuk tadika....
Selepas 1 minggu masuk tadika.... 

Selepas 1 minggu masuk tadika....
Selepas 1 minggu masuk tadika.... 

Biasalah, dalam umur 4,5,6 memang masa mereka tengah lincah, ligat dan sel-sel otak sedang berhubung kata orang. Kalau kanak-kanak 4  tahun macam abang Ammar tu, lagilah celik mata bangun tidur. Mainan di cari dulu. 

Apa yang peliknya, kanak-kanak sebegini memang energy mereka sentiasa 'dicas'. Tak tahu penat langsung. Time rehat, masa tidur je.

Semoga abang Ammar, kakak Batriysia dan kakak Damia menjadi anak yang bijak dan mendengar kata. Amin!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. comelnya.. moga jd anak yg soleh !

    ReplyDelete
  2. Handsomelah abang Ammar nie.. smeoga rajin-rajin belajar ye..

    ReplyDelete
  3. Wah bagus lah, ammar ni ,g sekolah tak nangis, be a good ye sayang

    ReplyDelete