10 petua orang dulu-dulu yang masih relevan dipraktikkan pada masa sekarang.

By Cikla Shahril - February 09, 2018

Cikla selalu dengar orang cakap, takde dulu takde sekarang. Ye, betullah tu. So, memang tak dinafikan orang dulu-dulu memang sangat 'kaya' dengan amalan petua yang mereka praktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

Boleh dikatakan petua ini merangkumi semua hal termasuklah petua di dapur. Lepas tu, yang uniknya, menjadi pula petuanya tu. So, macam cikla. Memang cikla ada juga mencuba petua yang biasanya cikla dapat dari mak cikla. 

Alhamdulillah, ia sedikit sebanyak dapat membantu cikla terutama petua semasa memasak di dapur.

Apakah agaknya petua orang lama tapi masih relevan dipraktikkan oleh kita di zaman yang serba canggih ni? Jom baca perkongsian menarik ni.

10 petua orang dulu-dulu yang masih relevan dipraktikkan pada masa sekarang.
10 petua orang dulu-dulu yang masih relevan dipraktikkan pada masa sekarang. Sumber Google. 

Mengharumkan dapur.

Kalau dapur korang berbau kurang best seperti bau hanyir, senang je nak atasi masalah ni.  Korang ambil beberapa keping kulit kayu manis dan rebuskan ia bersama bunga cengkih dan cuka biasa. 

Kemudian, ambil air rebusan tersebut letakkan ke dalam botol penyembur. Selepas itu, sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur korang.

Membersihkan minyak goreng.

Kalau kita lepas goreng ikan contohnya, mesti minyak yang digunakan untuk menggoreng itu menjadi hitam dan berubah warna. Betul tak? So, untuk menghilangkannya, senang je. 

Caranya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang korang nak goreng tu. 

Untuk pengetahuan korang, asam tadi akan menyerap 'anasir' hitam yang ada di dalam minyak. Hasilnya, minyak akan menjadi bersih, dan bolehlah korang menggunakan minyak itu beberapa kali. 

Selain menggunakan asam gelugur, korang boleh juga gunakan halia yang dihiris nipis.

Membersihkan kesan hangus.

Makanan yang hangus semasa menggoreng sememangnya menggusarkan hati. Ceewahh. 

Tapi, takpe. Lepas ni korang boleh senyum sampai ke telinga masa nak basuh kuali melekat tu. Korang campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas dan biarkan selama beberapa jam. 

Selepas itu, korang boleh guna air campuran itu untuk membasuh periuk atau kuali korang macam biasa.

Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar.

Kalau yang ni, cikla pun selalu alami. Lepas kita blend cili, mesti bau cili tu melekat kat bekas blender sebab macam susah je nak hilangkan bau dia walaupun dibersih menggunakan sabun. Betul tak? 

Tapi, takpe. 

Apa kata lepas ini korang cuba hilangkannya dengan cara, mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Untuk pengetahuan korang, biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi. Cubalah!

10 petua orang dulu-dulu yang masih relevan dipraktikkan pada masa sekarang.
10 petua orang dulu-dulu yang masih relevan dipraktikkan pada masa sekarang. Sumber Google. 

Mengelakkan semut masuk ke dalam bekas gula. 
Korang mesti selalu berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Cikla pun sama. Lagi-lagi kalau gula yang dah lama duduk dalam balang tu. Even, semut pun boleh masuk kat dalam bungkusan gula tu jugak. 

Pelik kan? 

So, untuk mengelakkannya, korang sapulah minyak masak pada sekeliling permukaan bekas gula tersebut supaya ia dapat menghalang semut masuk ke dalamnya. 

Selain itu, korang boleh juga masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula. Selamat mencuba!

Menajamkan kembali pisau mesin pengisar.

Caranya  adalah kisarkan satu cawan garam kasar sampai halus. So, pisau yang tumpul akan kembali tajam.

Menghilangkan kesan minyak di dapur.

Bila kita menggoreng ikan, mesti minyak akan tepercik ke seluruh kawasan tempat kita masak termasuklah lantai. 

Betul tak? 

Tapi, kalau korang nak tau, nak membersihkannya memang cukup mudah. Apa yang penting kenalah betul caranya. Hehe. Caranya, tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. 

Kemudian, cuci lantai dengan menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Ajaibnya, kesan licin akibat dari minyak itu akan hilang.

Mengelakkan kuali melekat.

Selepas korang selesai memasak atau menumis, korang masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Then, korang masaklah air tersebut sehingga mendidih. Selepas itu, barulah korang basuh kuali macam biasa.

Menghalau tikus.

Ouch, makhluk Allah yang satu ni sememangnya 'mengerikan'. Fobia betul cikla kalau nampak binatang ni. Tapi, lately, alhamdullillah dah lama tak nampak dekat umah cikla ni. 

So, kalau korang mengalami masalah tikus ni, korang boleh cuba cara ni. 

Caranya, letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus atau tempat tikus selalu lalu lalang. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi. Lari lintang pukang kot bila cium bau  daun tu agaknya. Hehe.

Menghalau lalat.

Adoi, ni satu lagi masalah, iaitu masalah lalat. Betul tak? 

Kalau cikla, tengah-tengah masak lalat 'kacau' memang spoil mood nak masak kan. Hehe. So, nak halau lalat ni semua ada caranya. 

Untuk menghalaunya, korang hanya perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Selepas itu, korang lapkan kain tersebut di sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.

Macam mana? 

Senang je petua tu kan. Ada beberapa petua yang cikla memang tengah praktikkan sekarang ni.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Orang-orang tua kita dulu banyak meninggalkan petua yang mujarab

    ReplyDelete
  2. Setuju, ha ah, part membersihkan minyak goreng tuh betul !

    Pernah try..huhu~

    Thanks info ~ Dah bookmark

    ReplyDelete