8 tip jimat jika mahu membeli kereta baru atau terpakai.

By Cikla Shahril - February 21, 2018

Zaman sekarang ni, mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan. Itu pun kepada sesiapa yang berkemampuanlah. Tapi kalau dah terlebih mampu, bolehlah nak beli dua tiga biji kereta kan. Buat koleksi menambah harta yang ada. Hehe. 

Bagi cikla, nak beli kereta kenalah berbaloi dengan kos atau 'modal' yang kita keluarkan. So, ini semua perlukan ilmu mengenai macam mana kita nak berjimat sekaligus kereta yang kita dapat tu sangat memuaskan hati tak kiralah kereta baru (dah tentu-tentulah puas hati kan sebab baru) dan terpakai (secondhand). 

Takdelah nanti bila dah beli, rosak sana rosak sini. Merata-rata rosaknya.

Malas nak membebel panjang-panjang, jom baca tip ringkas tapi padat yang cikla nak share ni. 

Tip ni cikla perolehi dari kawan-kawan terdekat (thanks Mr. Azril Aziz share tip) yang lebih berpengalaman dalam hal ni. Ilmu untuk cikla jugak, pengetahuan am. Hihi. 

8 tip jimat jika mahu membeli kereta baru atau terpakai.

  1. Beli kereta masa hujung tahun. Biasanya, mesti ada ditawarkan diskaun dan promosi yang kaw-kaw punya, terutama kereta baru. Ada orang lebih suka membeli kereta baru sebab maintenance kurang, tapi cuma ada 'monthly installment'lah. 
  2. Buat calculation berapa kita boleh dan sanggup bayar bulan-bulan untuk kereta tu. 
  3. Senaraikan kereta yang sesuai dibeli berpandukan kepada tip kedua. 
  4. Ambil kira maintenance setiap 10k atau 5k perjalanan. Mungkin 3 bulan atau 4 bulan,  bergantung kepada  berapa anggaran mileage penggunaan. 
  5. Kira berapa kita kena bayar untuk insurans dan roadtax setiap tahun. Pertimbangkan jugak, boleh ke duit gaji ke atau pendapatan kita tu tampung kos pembayaran bulanan kereta tersebut. Kalau tak, tunggu ajelah bila dapat bonus ke, dapat brim ke. Hehe. 
  6. Try kumpul seberapa banyak deposit yang mungkin untuk mengelakkan dari korang ke bayar dalam tempoh yang lama (makan tahun nak settle) ataupun tak nak bayar tinggi setiap bulan. *korang faham tak? Cikla pun dah pening. Haha.
  7. Check for offer and value for warranty. Beza bandingkan senarai kereta yang kita pilih tu yang mana satu lebih bernilai untuk jangka masa panjang. 
  8. Apa yang penting beli ikut kemampuan dan keperluan, jangan kemahuan. Kalau ikut kemahuan, mesti kita nak kereta yang vaaahhh, menjalar besar, kan. Bak kata pepatah, 'ukur baju di badan sendiri...'  Jangan ikut poket orang, ikut poket sendiri. 

Semoga bermanfaat.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. bagus tips untk yg nak beli kereta. sy nk beli pun tgh kumpul2 duit

    ReplyDelete
  2. Beli hujung tahun paling best, memang banyak offer dibagi nanti, thankz tips yang lain.

    ReplyDelete
  3. setuju dgn cadangan cikla.
    apa yg penting, yg last skali tu.
    ikot la kemampuan.
    jgn ikot selera :)

    ReplyDelete