Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu!

By Cikla Shahril - February 04, 2018

Bila kita mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang isteri, satu perkara yang paling penting yang kita kena ingat adalah tanggungjawab. 

Memang tak dinafikan, memang seronok berkahwin ni, bak kata orang tua, 'dulu sorang, sekarang berdua.' Betul tak? Tapi, menjadi seorang isteri, perkara yang amat 'kritikal' bagi kita ialah suami.

Sebagai seorang perempuan, kita adalah  makhluk yang dijadikan oleh Allah sarat dengan emosi dan kadang-kadang terlalu menuruti kata hati. 

So, ada satu perkara yang mungkin kita tak sedar yang kita telah melakukannya iaitu mungkin kata-kata dan tindakan kita sebagai seorang isteri yang mungkin telah melukai hati suami tanpa kita sengaja atau sebaliknya.

Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu! 

Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu!
Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu! Sumber Google. 

Rasulullah SAW sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan terutama semasa berhadapan dengan 'keburukan' si suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan yang telah dilakukan oleh suaminya. 

Sikap inilah sebenarnya yang menjadi penyebab si isteri terjerumus ke dalam neraka. Allahu, ngerinya! So, sebagai seorang isteri, kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan meminta maaf dari suami. 

Manalah tau kan, dalam kita menjalankan tanggungjawab kita kepada suami, mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, malah lebih menyedihkan mungkin kita ada tercerita tentang aibnya pada sesiapa. Ya Allah, betapa khilafnya kita.

Rendahkan hati kita untuk meminta kemaafan darinya. Janganlah kita hanya nampak kelemahan dan keburukan dia tapi kita sebenarnya lupa akan kelemahan kita sendiri. 

Jangan pula kita sibuk membesar-besarkan kesilapannya tapi sebaliknya kita memandang kecil kesilapan kita. Tenung dan renunglah muka suami kita. 

Walau siapa pun dia, itulah yang Allah telah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk dan baik dia boleh menjadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin ini adalah untuk menundukkan ego kita. 

Mungkin ini adalah untuk Allah memberi pahala melalui sabar kita. Mungkin ini adalah untuk melatih kita berdikari dan mengeluarkan potensi diri kita. Ingat, mesti dan pasti ada sebabnya. Ya, pasti ada sebabnya!

Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu!
Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu! Sumber Google. 

So, marilah kita meminta kepada Allah SWT supaya menjaga rumahtangga kita. Kalau ada mungkin ada perkara tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. 

Kita tak boleh ubah suami kita, tapi Allah SWT boleh. Jangan malu minta pada Allah SWT. Jagalah  hubungan kita dengan Allah SWT supaya mudah kita meminta padaNya supaya menjaga rumahtangga kita. Insha'Allah.

Betapa indahnya kesudahan hidup seorang isteri seandainya dia meninggalkan dunia ini dalam keadaan mendapat redha dari seorang suami. 

Indahnya janji Allah SWT bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Tidak teringinkah ke kita untuk mendapatkannya? 

So, jom simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpanlah hasrat untuk cuba dan kemudian cuba kerana Allah SWT pasti memandang usaha kita. 

Allah pasti akan memberi ganjaran kepada walaupun pada sekecil-kecil usaha kita. Insha'Allah.

Marilah kita menutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungilah  walaupun sehelai rambut. 

Litupi walaupun hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita. 

Betullah orang cakap, nak jadi isteri yang diredhai bukanlah susah, tapi nak jadi isteri yang dimurkai juga tidaklah sesukar mana. Pilihan di tangan kita, mana satu yang kita nak jadi.

Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu!
Dugaan terbesar seorang isteri adalah bersabar. Insha Allah, syurga pasti buatmu! Sumber Google. 

"Ya Allah, jadikanlah aku isteri yang sentiasa menyejukkan hati suamiku ya Allah...  Aamiin..."

Ingatan untuk diri cikla juga. Semoga bermanfaat.

Oleh : Ustaz Nasiruddin Abdul aziz. Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Tq share Cikla... Ada pengajaran dlm entry ni, mmg bila dah ada suami ni kena sabar byk2..

    ReplyDelete
  2. suami dan isteri dicipta utk saling melengkapi..

    cikyan belum bkesempatan utk rasa semua ni...cikyan harap cikyan mampu jd yg terbaik utk rumahtangga nnt...aaamiiinnn !

    ReplyDelete
  3. cikla menang ga cikyan... nanti check sini ya !

    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/02/pemenang-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. salam ziarah & follow sini..

    tq utk perkongsian..semoga bermanfaat utk semua.. :)

    ReplyDelete