Jom cuba 3 petua mudah untuk si manja.

By Cikla Shahril - February 13, 2018

Cikla akui mempunyai anak yang masih kecil sememangnya memberi si ibu khususnya cabaran dan menuntut kesabaran yang tinggi. Kalau si anak tu ok, tak selalu memangis, takde masalah baguslah. 

Tapi itulah. Anak ni, kadang-kadang mood diaorang macam kita jugak. Kadang ok, kadang ke laut. Kalau mereka sakit, bukannya tau cakap. Yang mereka tau, menangis sebab rasa tak selesa dan sebagainya.

So, sebagai langkah awal untuk memberi 'kelegaan' kepada mereka,  tak salah rasanya kita mencuba petua-petua yang munasabah kan. Paling tak pun, ia dapat memenangkan mereka, sebelum mendapatkan rawatan yang selanjutnya dari doktor. 

Berikut 5 petua mudah yang kita boleh apply pada anak kita. Apa yang penting, ia selamat dan tak memudaratkan anak kita.

Jom cuba 3 petua mudah untuk si manja.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Kanak-kanak terutama baby memang akan kerap kena batuk. Kesian kan bila tengok diaorang ni asyik batuk-batuk sampai terganggu masa tidur mereka. Nak menyusu pun kadang-kadang terganggu juga. So, mungkin petua ni boleh membantu.

Caranya, ambil sehelai daun sirih, kemudian layurkan dain tersebut di atas api. Selepas itu, korang ambillah balm atau krim baby yang berangin dan sapukan pada daun sirih sebelum diletakkan di dada baby dan dipakaikan barut supaya sirih tak jatuh. 

Tapi, pastikan daun sirih tu dah sejuk sedikit tau sebelum korang letak. Insha'Allah, lama kelamaan kahak baby akan keluar bila baby muntah. Baby akan rasa lebih selesa.

Siapa yang mempunyai anak yang genap 6 bulan mesti tercari-cari makanan yang sesuai untuk si manja kita kan. Orang cakap makanan pertama mereka. Tapi  cikla rasa, makanan yang paling popular adalah bubur nasi. Betul tak? 

Ini ada petua untuk membuat bubur nasi yang senang dan cepat lebih-lebih lagi untuk ibu yang berkerja dan terpaksa mengejar masa. Jangan tak percaya korang hanya perlukan masa 15 minit je untuk sediakan bubur yang lazat untuk si manja korang setiap pagi. 

Caranya sangat mudah, mula-mula mestilah kena cuci beras bersih-bersih. Kemudian, letakkan beras yang dicuci itu dalam bekas bertutup dan tambahkan air sampai beras tenggelam. Bekukan ia dalam peti ais, selepas itu beras yang telah beku dikeluarkan dan dimasukkan dalam periuk. Tambahkan air dan rebus beras sampai beras kembang, tapi sentiasa kacau supaya tidak berkerak. Tambahkan aje sayur atau apa saja untuk menjadikan bubur lebih sedap. 

Anak cikla masa diorang kecil memang kerap juga kena selsema. Kesian tengok, lebih-lebih lagi time diaorang nak tidur memang nampak sangat tak selesa. Iyelah, kalau berbaring kan jadi lagi tak selesa nak bernafas. Dengan berhingus lagi. Mereka bukannya macam kita orang dewasa tau buang hingus. Tapi, ada satu cara yang mudah kalau nak bagi mereka lebih lega.

Caranya dengan rawatan wap. Panaskan air, dan air tersebut masukkan ke dalam besen atau timba. Selepas itu, titikkan bawang putih dan habbatus sauda ke dalam bekas berisi air tersebut. Letakkan anak dalam posisi meniarap dan pastikan mereka dapat menghidu wap tersebut. Jangan risau kalau si anak menangis. Normal je tu, sebab ia memang membantu kahak itu keluar.

Selamat mencuba!

Kredit Ruangan Petua.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments