Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 32.

By Cikla Shahril - February 12, 2018

Witwitwit! Anugerah Juara Lagu 32 baru je berakhir sebentar lagi. Cikla percaya semua peminat anugerah lagu duduk menghadap tv since pukul 9 malam lagi kan. 

Kalau cikla sendiri, sejujurnya setiap tahun cikla memang tak lepaskan peluang menontonnya. Tapi, kat rumah ajelah. Takdelah sampai nak pergi sana kan. Haha. 

Tak kuasa mak nak. Baik tengok kat rumah, duduk kat depan tv boleh landing landing lagi.

So, berbalik kepada Anugerah Juara Lagu 32 ni, cikla tengok ramai penyanyi muka baru kan yang masuk final

Macam Haqiem Rusli, Hael Husaini, Ara Johari, Wany Hasrita, Khai Bahar dan lain-lain. Dan, result pun kita dah tau kan. Agak-agak betul tak tekaan korang? Hehe. 

Bagi cikla, semua peserta kali ni memang memang hebat, dahsyat, mantap belaka. Kalau nak dibandingkan dari segi vokal pun sama. 

Memang terkesima cikla mendengarnya. Masing-masing bersaing dengan kekuatan vokal yang mantap wehhh. Memang tabik springlah dengan diaorang ni.

Gandingan Alif Satar dan Sherry Al-Hadad pun best. Memang korang memeriahkan suasana. Coleteh korang tu membuatkan program jadi tak membosankan dan suram. Good job gais. Sherry pun comel je cikla tengok. Cute!

Pada yang tak berkesempatan menonton rancangan berprestij ni, jom baca keputusan penuh anugerah tersebut. 

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 32.

Juara:
Jampi -  Hael Husaini.

Tempat kedua:
Sejati -  Azmi Caliph Buskers.

Tempat ketiga:
Tergantung sepi -  Haqiem Rusli.

Anugerah vokal terbaik:
Aku cinta -  Syamel dan Ernie Zakri.

Anugerah persembahan terbaik:
Amboi -  Altimet.

Anugerah pilihan samsung:
Bayang - Khai Bahar.

Tahniah pada yang menang. Tapi, itulah. Sudah menjadi adat pertandingan kan. Ada menang, ada kalah. Bagi cikla, yang lain pun best jugak. 

Cuma takde rezeki je nak menang malam ni. Thumb up untuk korang!

Congratulations again!

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. terbaik...abam jampi mmg power auranya !

    ReplyDelete
  2. Tengok gak AJL32 tapi separuh dah terlena di sofa penat balik mancing siangnya.

    ReplyDelete
  3. aida pun suka host malam tu... memang best and pandai memeriahkan suasana!

    ReplyDelete
  4. Aw, thiѕ was an exceptionally good post. Taking
    the time and actual effort to make a superb article… but what can I say…
    I prߋcrastinate a lot and don't seem to get anything done.

    ϲompany website : Most Noticeable Encryⲣtion Software &
    Haven’t You Heard About Tһe Recession: Topten Reasоns Why You Should How To Encrypt A Ꮲassword For
    Ϝree

    ReplyDelete