Mahukan wangi lebih lama? Minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ada jawapannya.

By Cikla Shahril - February 18, 2018

Bagi cikla, pemakaian minyak wangi memang penting, tapi mestilah tidak berlebihan. Ini kerana, ia mampu menjadikan kita lebih yakin bila berhadapan dengan orang lain, selain dari dapat mengatasi masalah bau-bauan yang tidak enak seperti bau peluh dan sebagainya. Di pasaran pun, memang terlalu banyak jenama minyak wangi yang dijual, dari yang mahal sehinggalah yang murah. 

Bagi yang beragama Islam, kita mesti nak guna minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol dan boleh di bawa sembahyang. Terbaru, cikla telah diperkenalkan dengan satu jenama minyak wangi yang cikla rasa popular jugalah dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri, iaitu Mawar Kasturi.

Sebenarnya, cikla pun baru tau mengenai jenama minyak wangi tanpa alkohol ni. Kebetulan, semasa cikla berkunjung ke Thailand Malaysia Food Festival 2018 baru-baru ni, cikla terpandang satu gerai yang menjual minyak wangi ni. 

Entah kenapa, hati terus nak cuba. Tu yang terus grab satu untuk cikla dan satu untuk suami. Tapi, untuk suami cikla tu ada lagi satu jenis minyak wangi jenama yang sama tapi namanya agak berbeza iaitu Kasturi Kijang Asli Syifa. Nanti cikla share kat entri lain pasal ni. Sebab ada perkongsian yang menarik mengenai minyak wangi ni.

Jom cikla share pasal minyak wangi terlajak wangi ni. Baca sampai habis tau.

Mahukan wangi lebih lama? Minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ada jawapannya.
Mahukan wangi lebih lama? Minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ada jawapannya. 

Dengan menggunakan tagline 'lebih asli, lebih wangi, lebih berkesan', sememangnya ia sangat kena dengan minyak wangi yang terlajak wangi ni. Ia didatangkan dalam bentuk botol kecil iaitu roll-on. So, memang senanglah nak bawa ke sana sini kan. Masuk je dalam handbag, boleh digunakan terus bila-bila masa je. 

Selain itu, wangian yang dihasilkan dalam minyak wangi ini diadun dan dihasilkan secara tradisional dan telah siap didoakan. Untuk pengetahuan korang, minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ni mempunyai 8 kelebihan yang mungkin takde pada minyak wangi lain, iaitu:

  • Membantu melegakan stress (tekanan perasaan). 
  • Membantu melegakan kerunsingan. 
  • Membantu  melegakan sakit kepala. 
  • Membantu melegakan sakit insomnia (susah nak tidur). 
  • Membantu membangkitkan kebahagiaan diri dan keluarga. 
  • Membantu menaikkan aura seri. 
  • Membantu menguatkan daya ingatan. 
  • Membantu menyegarkan tubuh badan.

Mahukan wangi lebih lama? Minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ada jawapannya.
Mahukan wangi lebih lama? Minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ada jawapannya. 

Selain dari menggunakan minyak wangi Mawar Kasturi Syifa sebagai wangian biasa, ia jugak boleh digunakan sebagai amalan harian perisai diri. Apa yang terbaik, ia diamalkan selepas solat Subuh atau Isyak. Cara penggunaan wangian dan amalan perisai diri adalah seperti berikut :

  1. Bacaan Istighfar : 11 atau 33 kali. ('Astaghfirullah). 
  2. Bacaan Ta'awudz dan Basmalah : 11 atau 33 kali. (A'udzu billahi minas syaitanir rajim bismillahirrahmahirrahim). 
  3. Bacaan Selawat : 11 atau 33 kali. (Allahumma salli 'ala muhammadin wa' ali Muhammad).
  4. Bacaan Wirid : 11 atau 33 kali. (La ilaha illallohu wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa 'ala kulli syai' in qodir). 
  5. Surah Al fatihah : 1 kali. 
  6. Surah Al Baqarah (Ayat 255 ayatul kursi) : 1 kali. 
  7. Surah Al Baqarah (Ayat 256 dan 257) :  1 kali. 
  8. Surah Al Ikhlas : 3 kali. 
  9. Surah Al Falaq : 3 atau 11 kali. 
  10. Surah An Nas : 3 atau 11 kali. 
  11. Surah Al Kahfi (Ayat 1-10) : 1 kali. 
  12. Surah Al Kahfi (Ayat 101-110) : 1 kali. 
  13. Bacaan doa : 'Ya Allah Yang Maha Berkuasa. Lindungilah aku dan keluargaku dari gangguan jin syaitan, iblis, binatang buas dan dari gangguan manusia berniat jahat. Amin...'

Mesti korang tertanya-tanya kan berapalah harga sebotol minyak wangi Mawar Kasturi Syifa 4 ML ni? Harganya cuma RM35 untuk Semenanjung Malaysia dan RM40 untuk Sabah dan Sarawak. Bagi cikla harganya agak berbaloi jugaklah. Lagipun kita bukannya nak pakai banyak-banyak kan. Just calitkan sikit je, dah harum semerbak dah.

Mahukan wangi lebih lama? Minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ada jawapannya.
Mahukan wangi lebih lama? Minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ada jawapannya. 

Kalau korang nak tau lebih detail mengenai minyak wangi ini, korang bolehlah terjah laman sosial mereka iaitu:


Atau hubungi terus ke talian WhatsApp HQ (+6010-278 7218 @ +6010-278 7228). Pendek kata, korang mesti memiliki minyak wangi Mawar Kasturi Syifa ni sebab memang sangat best dan wangi sangat-sangat.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments