Nampak 10 tahun lebih muda dengan air beras? Eh, betul ke ni?

By Cikla Shahril - February 21, 2018

Semua orang mahukan wajah yang jauh lebih muda dari usia sebenar. Betul tak? Korang percaya tak kalau cikla cakap korang just guna air beras je untuk mencapai impian korang tu.

Sebenarnya, beras sememangnya kaya dengan vitamin B yang dikenali sebagai 'inositol' yang mana ia dikatakan penting dalam menggalakkan pertumbuhan sel baru, memperlahankan proses penuaan dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. 

Penggunaan secara kerap air beras ini boleh menjadikan korang nampak 10 tahun lebih muda. Wah, siapa tak nak kan?

Dari segi kecantikan pula, air beras dikatakan mampu: 

  1. Menjadikan kulit wajah lebih lembut dan berseri-seri (glowing).
  2. Mengecilkan liang pori kulit.
  3. Membantu merawat kesan keradangan akibat jerawat.
  4. Merawat sunburn.
  5. Membantu mnegurangkan kesan penuaan (anti-aging).
  6. Menjadikan rambut tumbut lebih lebat dan panjang serta bersinar.

Untuk pengetahuan korang, penggunaan air beras sememangnya telah digunakan dalam eastern medicine untuk penjagaan kulit agar nampak lebih muda dan bercahaya. Ia bukan sahaja diaplikasikan pada kulit, malah turut digunakan pada rambut. 

Nampak 10 tahun lebih muda dengan air beras? Eh, betul ke ni?
Nampak 10 tahun lebih muda dengan air beras? Eh, betul ke ni? Kredit Google. 

Sejak bertahun-tahun lagi, wanita di Jepun menggunakan air beras untuk mandi dan mencuci rambut mereka. 

Berikut merupakan manfaat air beras untuk kecantikan kulit dan rambut. 

  1. Air beras sebagai toner kulit semula jadi.  Caranya, rendam kapas muka di dalam air beras dan letakkan di muka selama 10-15 minit sebelum dicuci bersih. Selain itu, korang boleh jugak membiarkannya semalaman sebekum dicuci pada keesokan harinya. Ia dikatakan mampu menggalakkan pertumbuhan sel baru, merangsang aliran darah, dan menjadikan kulit lebih licin, sekata dan bercahaya. 
  2. Air beras sebagai pencuci muka. Ambil bebola kapas dan rendam ke dalam air beras selepas itu urutkan ke muka secara lembut selama beberapa minit. Biarkan seketika supaya air beras yang dioleh dapat 'menyerapi' kulit muka sepenuhnya sebelum dicuci bersih. Lakukan secara kerap dan konsisten untuk mendapatkan kulit yang lembut, anjal dan berseri. 
  3. Air beras membantu mengecilkan liang roma kulit. Caranya, dengan menggunakan bebola kapas celupkan ke dalam air beras kemudian gosokkan pada muka. Ia bukan saja bertindak sebagai astringen semulajadi malah ia dikatakan boleh membantu mengecilkan liang roma kulit. 
  4. Air beras membantu merawat jerawat. Kemunculan jerawat pasti membuatkan hati gundah gulana, lebih-lebih lagi jenis jerawat yang seketul besar tu. Keluarnya pulak kat tempat yang tidak-tidak, dekat bawah dagulah, dekat dahilah, dekat atas hidunglah. Adoiii, tangan pulak gatal nak usik-usik si jerawat tu bila tengok cermin, dah berparut. Apa kata lepas ni korang cuba guna air beras pulak, sebab ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan jerawat, termasuk bintik-bintik di wajah. Caranya mudah, sapukan air beras pada bahagian yang bermasalah dengan menggunakan bebola kapas. Selain itu, ia juga boleh merawat kemerahan pada kawasan jerawat tumbuh dan keradangan. 
  5. Air beras merawat kesan sunburn dan antipenuaan. Air beras juga boleh digunakan untuk menyejukkan kawasan keradangan dan sunburn. Ia membantu kulit wajah kita yang bermasalah itu pulih dengan cepat. Gunakan air beras sejuk je. Selain itu, air beras mengandungi nutrien penting yang diperlukan untuk penjanaan/penghasilan semula sel kulit. Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit dan menjadikan wajah kita kelihatan lebih muda 10 tahun dan berseri. Wow wiiii...
  6. Air beras sebagai masker rambut. Kelebihan air beras bukan hanya bermanfaat kepada kecantikan wajah malah ia turut memberi manfaat kepada kecantikan rambut. Tak kira wanita bertudung atau tidak, rambut merupakan 'mahkota'  mereka. So, ia sepatutnya perlu diberi perhatian dan penjagaan yang rapi supaya sihat dan bersinar. Caranya, selepas korang shampoo rambut korang dan dicuci bersih, tuangkan air beras pada kulit kepala korang. Kemudian, urut kulit kepala korang perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air biasa. Lakukan 1-2 kali seminggu, insha'Allah hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Cikla rasa semua orang tahu kot, tapi tak apalah cikla share juga dengan korang ye. 

Nampak 10 tahun lebih muda dengan air beras? Eh, betul ke ni?
Nampak 10 tahun lebih muda dengan air beras? Eh, betul ke ni? Kredit Google.

Bahan-bahan yang diperlukan:
 
½ cawan beras.
 
2 cawan air. 

Kaedah 1: Air beras tanpa memasaknya. 
Untuk membuat air beras dengan cepat, pertama bilas beras dengan air untuk menghilangkan kotoran, racun perosak dan kekotoran lain yang ada di beras. Kemudian, ambil 2 gelas air dan campurkan dengan beras yang telah siap dicuci tadi. Simpan campuran ini selama 15 minit. Setelah itu, tapis beras dan ambil air beras, letak dalam bekas yang bersih. So, dah boleh guna dah air yang telah diasingkan tu.

Kaedah 2: Air beras yang dimasak. 
Air beras jenis ini adalah dalam keadaan pekat tapi ia mengandungi nutrien yang tinggi. Sebelum menggunakannya tak kiralah sebagai toner wajah atau untuk, ia perlu dicairkan dahulu. 

Caranya adalah masak beras bersama air yang telah disukat dan biarkan sehingga air beras berwarna putih terang terhasil. Jangan terus gunakan air tersebut. 

Macam cikla cakap tadi, sebelum guna cairkan dahulu. Simpan air beras ini dalam bekas yang bertutup rapat yang disimpan di dalam peti sejuk dan boleh digunakan selama seminggu. 

Untuk pengetahuan korang, sisa beras/nasi yang tinggal boleh digunakan sebagai skrub badan. Untuk membuat skrub, kisar nasi dan campurkan bersama 1-2 sudu teh minyak zaitun dan jus lemon. Kemudian, urut lembut campuran tersebut pada badan korang. 

Kesannya, ia akan menjadikan kulit korang sihat secara semulajadi. Apa yang perlu korang ingat, elakkan dari menggunakan air beras yang masih panas sebab ia mungkin akan menyebabkan ruam dan rengsaan pada kulit korang. 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. 

Kredit: SINI.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. pernah try air beras ni, tapi tak ngam dengan kulit. sedih

    ReplyDelete
  2. Good sharing sis. Kdg2 kalau rajin cikyan buat juga basuh muka guna air cuxian beras ni. Bkn apa, best je rasa kat muka. Rasa lembut ja kan.

    ReplyDelete
  3. ni petua dari dulu kala ni kan.
    biasa dgr kebaikan air beras. masker beras.

    ReplyDelete