Siapa Aprena Manrose? Heroin drama Tiada Arah Jodoh Kita, slot Akasia TV3.

By Cikla Shahril - February 15, 2018

Peminat slot Akasia TV3 mesti tau kan drama terbaru yang sedang rancak ditayangkan, iaitu Tiada Arah Jodoh Kita. Dramanya nampak macam best je, sebab ada Syukri Yahya. Hehe. 

Tapi kan, heroinnya macam cikla tak pernah nampak pulak sebelum ni. Pelakon baru kot. Aprena Manrose, namanya. 

Cikla try cari Google pasal awek cantik ni, rupanya Aprena Manrose ni dah pernah berlakon sebelum ni. Tapi itulah, cikla tak pernah pulak tengok dia dalam drama sebelum ni. Mungkin cikla yang tak perasan kot. 

Siapa Aprena Manrose? Heroin drama Tiada Arah Jodoh Kita, slot Akasia TV3.
Siapa Aprena Manrose? Heroin drama Tiada Arah Jodoh Kita, slot Akasia TV3. Gambar kredit Google. 

Jom kita tengok sikit biodata Aprena Manrose ni. 

Nama: Wan Syahera Puteri Aprena Binti Wan Syahman. 
Nama Komersil: Aprena Manrose/Syahera Manrose. 
Umur: 24 (2017). 
Status: Berkahwin. 
Asal: Malaysia.
Agama: Islam.
Bangsa: Melayu.
Keluarga: Anak bongsu dari 3 beradik. 
Pertalian: Sepupu kepada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose. 
Kerjaya: Pelakon. 
Drama: Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin (2017). 

Kalau korang nak tau, Aprena adalah anak bongsu kepada penyanyi dangdut Iwan Syahman bersama bekas isteri, pelakon Allahyarham Rosnah Mohd Noor. Patutlah cantik macam mak dia kan. So, dia ni adik Octavia Manrose. Patut ada iras-iras kakak dia.

Kepada peminat Aprena Manrose dan korang nak mengikuti perkembangan karier dia, bolehlah follow media sosial berikut :

Instagram: @aprenamanrose

Kredit SINI
Kredit pic encikshino.com

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Airah tak berkesempatan lagi nak tengok cerita ni. Tak tau pun dah ada cerita baru hahahah ketinggalan sungguh. Cantik Aprena ni nama pun sedap

    ReplyDelete
  2. uuuish nama dia kemaaahen. tak terpkir nama gitu. tapi memang comey orangnya =D

    ReplyDelete
  3. nama dia unik betul. No wonder lah cantik, sepupu #TheSenrose rupanya

    ReplyDelete