Elak makan malam sebab nak kurus? Betul ke?

By Cikla Shahril - March 27, 2018

Sebelum ni, kita mesti selalu dengar orang yang berdiet mesti elak dari makan malam sebab mereka merasakan kalau makan malam berat badan akan bertambah. Betul tak? 

Sebenarnya, salah tau tanggapan tu. Kalau korang nak tau, pengambilan makan malam sama pentingnya dengan sarapan dan makan tengah hari sebab ia membantu membekalkan tenaga dan nutrisi kepada badan kita.

Apa yang korang kena tau adalah, isu berat badan bertambah bukan sebab korang makan malam, tapi amalan diet yang tak seimbang contohnya makan berlebihan, amalan makanan berlemak, berminyak dan tinggi kalori. Itu yang kita kena ambil perhatian sebenarnya.

Umumnya, pengambilan makan malam adalah penting sebab ia menjadi pelengkap nutrien yang tak mencukupi pada siang hari contohnya pengambilan sayuran, buahan dan sebagainya. Makan malam yang sihat dan tak melebihi keperluan kalori seharian tak akan menyebabkan kegemukan.

Ada 7 tip yang kita boleh praktikkan untuk mengamalkan makan malam yang sihat, iaitu :

Elak makan malam sebab nak kurus? Betul ke?

  1. Pastikan menu mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia iaitu makanan yang seimbang. 
  2. Menghadkan pengambilan makanan yang  berlemak, bergoreng dan berminyak. 
  3. Sebaiknya korang tahu saiz hidangan korang tu akan membekalkan 400-500 kalori. *agak-agak je lah kot. Jenuh pulak nak kirakan. Hehe. 
  4. Sebaiknya makan malam antara pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam. Kalau korang rasa lapar pada wakti lewat malam, makanlah buah, roti, biskut atau susu suam. 
  5. Tak digalakkan mengambil makanan lewat malam. Dah nak tidur, makam burger pulak. Haha.
  6. Elak makan sambil tengok tv. Memang makin lajulah menyuap. Kihkihkih.
  7. Paling bagus, lepas makan malam elakkan dari minum kopi atau teh sebab ia akan menyebabkan korang susah nak tidur.

Jom amalkan demi kesihatan. Semoga bermanfaat.

Kredit myhealth.gov.my

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. heheh AD pon tgh diet sekrang ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. susu suam tu memang rekomen sangat sangat

    ReplyDelete
  3. tq for the tips, cikla.
    aida diet yang yuk ajer ni.
    but try tu jaga kalori la sedaya yg boleh.
    tak mau sampai angka 60 :( hu hu hu

    ReplyDelete