Jangan dibunuh semut itu!

By Cikla Shahril - March 23, 2018

Cikla pernah dengar orang cakap, kalau kita ternampak ada banyak semut dekat dalam rumah jangan dibunuh semut itu. Korang jangan spray mereka dengan racun serangga ataupun korang pijak mereka. Kesian kan. 

Korang just 'tegur' semut tu supaya berpindah ke tempat lain. 

'Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman. Ini rumah aku. Aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah. Buatlah sarang kamu di luar berhampiran dengan rumahku agar kamu selamat. '

Insha'Allah, lama kelamaan semut itu akan hilang.

Jangan dibunuh semut itu!
Jangan dibunuh semut itu! Sumber Google. 

Semut juga adalah makhluk Allah yang tak pernah tidur. Mereka sentiasa bekerja dan sentiasa berzikir. 

Di dalam Al-Quran pun juga ada menceritakan mengenai kisah semut iaitu surah An-Nami. Semut adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s.

Semoga bermanfaat.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments