4 sebab yang menyebabkan penuaan.

By Cikla Shahril - April 17, 2018

Tua sebelum waktunya? Ehhh, taknaklah. Siapa je ya mahukan keadaan macam tu kan. Semua orang nak nampak muda remaja gitu walaupun usia dah mencecah separuh abad. Bukan takde orang yang macam ni. Ada tau. 

Cikla pernah jumpa seorang makcik ni, walaupun usianya hampir mencecah 50 tahun, tapi rupanya macam orang yang berumur 30 - 40 tahun gitu. Memang nampak awet muda sangat. Apalah agaknya rahsia dia kan? 

So, cikla nak share dengan korang 4 sebab atau faktor yang boleh mempercepatkan penuaan. Jom baca sampai habis tau.

4 sebab yang menyebabkan penuaan.

1-Kurang tidur.

Kalau korang nak tau, semasa kita tidur sel-sel kulit akan diperbaharui dan ini akan menjadikan badan dan muka kita lebih fresh

So, kalau korang kurang tidur, ini akan membuatkan kulit muka kita kusam dan pucat. Muka pun jadi tak berseri dan nampak lebih tua.

2-Tidur dengan muka yang bersolek.

Sebenarnya, tabiat ini sangat tak bagus sebab ia akan membuatkan kulit jadi lebih kusam, dengan liang pori yang tersumbat dan berjerawat. 

Selain itu, kotoran yang ada pada muka boleh menyebabkan jangkitan pada kulit. So, lepas ni walau letih macam mana pun, sebelum tidur jangan lupa cuci muka korang yang bermekap tu bersih-bersih tau.

3-Emosional sokmo.
 
Ada orang cakap, perempuan yang selalu 'meroyan' akan nampak lebih tua. Ye ke? Mungkin ada betulnya, sebab sikap yang sentiasa beremosi tak kira waktu tu boleh menyebabkan kita merasa stress. 

Lepas tu muka pulak masam mencuka. Kalau cuka masamnya. Hehe. Apa salahnya, kalau korang senyum, bergelak ketawa dan berwajah manis sebab ia akan merangsang otot muka kita. 

Inilah rahsia awet muda secara semulajadi sebenarnya. *tapi nak senyum dan ketawa pun biarlah kena pada tempat, situasi dan keadaannya. Kang tak pasal-pasal orang cop kita gila pulak kang. Hehe.

4-Asyik berkepit dengan telefon je.

*Ouch, Kalau ni cikla selalu buat. Huhu. Korang Mungkin tau kot yang telefon dan gajet mempunyai kesan radiasi. Ini sebenarnya tak bagus untuk kesihatan dan kecantikan. 

Apa yang paling ketara adalah kesan penuaan berlaku dengan pantas. So, sebaik-baiknya elakkan dari menggunakan telefon sebelum tidur dan jauhkan jarak telefon dari tempat kita tidur. 

Lagipun, telefon jugak adalah antara alatan yang penuh dengan kuman yang kita tak nampak sebab seharian kita memang 'berkepit' dengannya kan. So, kuman yang kita tak nampak ni mungkin boleh merebak ke muka kita.

So, be careful ya!

So, lepas ni kita cuba untuk kurangkan apa yang mungkin boleh menyebabkan ini berlaku kan. Mustahillah kot kita nak tinggalkan terus, tapi takpe. Kita cuba sedikit demi sedikit. *sis cuba.

Kredit Ruangan Sekilas Cantik, Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. OMG henpon tu nak kena ubah lifestyle ne

    ReplyDelete
  2. Alamak.. kena kurangkan berkepit dengan telefonlah lepas ini..

    ReplyDelete