5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.

By Cikla Shahril - April 11, 2018

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, cikla happy gila bila encik suami tetiba belikan cikla telefon baru. 

Cikla memang dah lama memujuk encik suami belikan cikla telefon lain, sebab telefon lama tu skrinnya retak (sebab terjatuh masa sukaneka sekolah anak) walaupun ia masih boleh ditekan.

Biasalah kan, kalau hati dah nak memang segigihnya 'usaha' sampai dapat. 

Ditambah pulak penyebab nak tukar telefon tu sebab telefon lama storage nya kecil, kadang-kadang sampai hang telefon sebab simpan gambar dan macam-macam. Chance nak dapat telefon baru tu macam agak cerah je. Hehe.

Actually, cikla baru je guna telefon HUAWEI NOVA 2I ni. Asalnya, cikla nak telefon lain. Tapi brand Huawei jugaklah dan harganya lebih murahlah sikit. 

Niat di hati kecilku ini, tak naklah membuatkan encik suami rasa terbeban dan ketaq tangan nak bayar nanti. Haha.

Lagipun, encik suami yang nak pakai telefon ni sebenarnya. Tapi itulah. 

Bak kata orang tua-tua, kalau dah rezeki memang tak ke mana kan. Terima kasih pada encik suami sebab sudi 'menghabiskan' duit  untuk isterimu ini.

5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.

Sejujurnya, cikla belum explore lagi sepenuhnya telefon ni. Tapi, hasil dari pembacaan dari internet, inilah 5 ciri best yang menjadikan HUAWEI NOVA 2I ini adalah telefon pintar yang tak akan membuatkan kita menyesal setelah membelinya. Korang nak tau tak?

Berikut merupakan 5 ciri tersebut : 

(1) Untuk pengetahuan korang, telefon pintar HUAWEI NOVA 2I dilengkapi dengan paparan skrin berbingkai nipis berukuran 5.9 inci Fullview yang lebih besar. 

Keadaan ini akan membuatkan  penampakan objek menjadi lebih jelas dengan kaedah framing semasa mengambil gambar.

Dengan skrin besar, nak tengok movie pun best kan. Jelas sejelas-jelasnya. I like. 

(2) Gambar bokeh? Apa pulak tu? Untuk pengetahuan korang, bokeh adalah perkataan yang berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud kabur atau blur. 

Dalam bidang fotografi, ia dikenali sebagai OOF iaitu Out Of Focus. Kalau korang nak tau lebih detail pasal ni, kenalah tanya pada yang pakar ye. 

Pada kita yang bukan pakar ni, satu je yang kita kena tau mengenai bokeh ni adalah ia penting supaya subjek dalam gambar yang kita ambil itu nampak lebih menonjol bila kita gunakan teknik bokeh ni.

Apa yang bestnya, HUAWEI NOVA 2I ada ciri ini, iaitu pada kamera utama dan depan. Best kan!

Ia didatangkan dengan 4 kamera, iaitu ia dibina berasaskan dwi-kamera untuk kamera utama, dan dwi-kamera untuk kamera depan. 

So, tak kiralah korang gunakan kamera depan ke utama, kedua-duanya mempunyai kesan bokeh. Selain itu, korang boleh mengedit terus gambar yang diambil melalui gallery.

5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.
5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie. 

5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.
5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie. 

5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.
5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie. 

(3) Bagi korang yang suka mengambil gambar pada waktu malam pulak, jangan risau. Sebab telefon HUAWEI NOVA 2I ini turut disokong oleh Smart Ambient Flash. 

Ia menjadikan gambar yang ditangkap tu lebih cerah dengan memberi perwarnaan yang lebih neutral macam kita ambil gambar pada waktu siang.

Selain itu, ia turut dilengkapi oleh Beautify Effect pada kamera utama dan depan (selfie) yang mana ia membantu 'mencantikkan' lagi muka kita. Salah satu trick nak nampak flawless lah ni. Haha.

5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.
5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie. 

5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.
5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie. 

5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie.
5 ciri yang ada pada telefon pintar HUAWEI NOVA 2I yang menjadikan ia telefon yang tak rugi dimiliki terutama untuk kaki selfie. 

(4) Bagi kaki selfie, korang boleh tersenyum lebar bila menggunakan telefon pintar ini. Sebab apa? Sebab, ia mempunyai kebolehan mengambil selfie dengan butang pengimbas jari je, dengan 18 kesan khas khas untuk selfie dengan mengklik di EFFECTS

Haa, hambik kau! Banyak gila. Takdelah nanti gambar selfie korang tu membosankan kan.

At least bolehlah edit-edit bagi cantik. Barulah confident nak share dekat media sosial korang kan. Tak gitu, hehe.

(5) Cikla percaya, dalam mencari apa-apa jugak gajet antara ciri yang kita pentingkan adalah ketahanan bateri kan. Betul tak? 

Tapi, korang tak perlu khuatir, sebab telefon pintar HUAWEI NOVA 2I ni mempunyai bateri 3340 mAh yang optimum, yang mana ia membolehkan penggunaan kamera lebih lama.

Selain itu, storage telefon ni pun memang besar gilalah iaitu 64GB dengan RAM 4GB. So, lepas ni masalah nak simpan gambar selfie korang banyak-banyak tu tak akan timbul. 

Lagi satu, kalau storage ini tak cukup jugak nak simpan semua 'khazanah' korang tu, telefon ni jugak turut menyokong storan luaran microSD yang boleh ditingkatkan sehingga 256GB.

Wow!

Di bawah ni contoh gambar yang cikla ambil menggunakan telefon pintar HUAWEI NOVA 2I ni.

So, amacam? Best tak?

Untuk pengetahuan korang, telefon pintar ni telah ditawarkan pada harga RM1,299 untuk versi storan 64GB + 4GB RAM. 

Bila tengok harganya macam semput sikit kan. Tapi, rasanya kalau nak dibandingkan dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh telefon pintar HUAWEI NOVA 2I ni, rasanya agak berbaloi jugaklah.

Apa yang penting, tepuk dada tanya selera. Tapi jangan lupa check poket jugak. Berbelanja ikut kemampuan.

Kredit SINI

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. terus rasa nak beli juga henpon ni cikla

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat smartphone baru. saya pun pengguna huawei juga , saya guna huawei nova lite.

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  3. wahhh. seronoknya cikla dapat phone baru ! saya guna phone samsung ni pun dari tahun 2015 lagi, tak pernah tukar ><

    ReplyDelete
  4. after raya nanti, baru nak suh asben riki riki phone baru, cikla.
    nak suh dia beli ni la :)
    menarik!

    ReplyDelete