Breaking

16 April 2018

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga!

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga! | Assalamualaikum wbt. Adoiii, apa punya banyak 'yang' daaa.. Haha. Rasanya semua tau produk penjagaan diri dan kecantikan jenama SAFI. Pendek kata, complete lah, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dengan shampoo nya, pencuci muka, bb cream, bedak tabur (talkum), produk kecantikan dan sebagainya. Cikla pun memang dah lama guna produk SAFI ni. Barang yang cikla tak pernah miss guna adalah bedak tabur dia. Memang wangi gila wa cakap sama lu. Senang cakap, kalau pakai bedak ni tak payah nak pakai perfume dah. Memang melekatlah kewangian bedak tu dekat badan. 

So, cikla nak share 6 produk SAFI yang memang cikla guna sekarang dan cikla recommend pada korang sebab memang best. Nak tau? Mungkin entri ni agak panjang, tapi korang kena baca jugak especially bagi mereka yang masih mencari-cari produk penjagaan diri yang sesuai. Jom check satu-satu. 

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga! 

Berikut merupakan 6 produk best keluaran SAFI yang korang pun patut try, iaitu :

Pembersih dan penyegar 2 dalam 1, SAFI BALQIS OXYWHITE. 

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga!
6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga! 
Actually, cikla baru je guna produk ni. Asalnya memang nak cari brand lain. Tapi bila terpandang pembersih dan penyegar 2 dalam 1 SAFI BALQIS OXYWHITE ni, hati macam terus terpaut. Macam cinta pandang pertama pulak aihhh... Bukan apa, fungsinya yang 2 dalam 1 ni iaitu sebagai cleanser dan toner menjadikan cikla tertarik nak cuba. Al maklumlah, cikla ni agak kurang rajin nak bertoner bagai. So, inilah pilihan yang bijak bagi diri cikla lah. Senang! Jimat masa, jimat duit. Hehe... 

Lately, muka cikla memang kerap timbul cik jerawat. Lebih-lebih lagi kalau awal-awal sebelum period. Walaupun cik jerawat ni tak muncul secara berjemaah (syukur jugaklah, kalau tak....), tapi keluar seketul pun memang sangat mengganggu emosiku ini. Huhu. Bila tengok cermin, tangan apa lagi. Gatal usik-usik. So, dengan pembersih dan penyegar 2 dalam 1 SAFI BALQIS OXYWHITE ni sedikit sebanyak membantu cikla mengatasi masalah cik jerawat dan masalah kulit muka cikla yang agak berminyak. Jerawat memang cepat masak dan kecut dan muka pun dah kurang berminyak. Memang sesuailah fungsi produk best ni yang bertindak mengawal minyak dan jerawat. That awesome! 

So, cikla nak share sedikit info menarik mengenai pembersih dan penyegar 2 dalam 1 SAFI BALQIS OXYWHITE ni.

  1. Diuji secara Dermatologi. 
  2. Diformulasikan tanpa sabun untuk mengekalkan kelembapan pH kulit. 
  3. Berfungsi membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sekaligus mengecilkan liang pori kulit. 
  4. Mengandungi manik mikro dengan kandungan minyak tea tree dan vitamin E yang mana ia membantu mengurangkan pembentukan jerawat.
  5. Mengandungi zink mineral mikro yang berfungsi mengawal pembentukan sebum. 
  6. Kandungan mentol yang bertindak sebagai penyejuk dan menyegarkan kulit muka. 

Untuk pengetahuan korang, OXYWHITE adalah gabungan dua unsur yang terbaik iaitu NANO OXYGEN dan NANO BIOWHITE. Nano Oxygen akan membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit supaya kulit jadi lebih segar, bermaya dan berseri, di samping Nano Biowhite yang bertindak memperlahankan kesan pembentukan melanin, punca pigmentasi untuk tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna. 

Cara nak guna pun senang sangat, just pamkan sedikit ke atas tangan dan urutkan dengan lembut pada muka sebelum dibilas dengan air bersih. 

Pembersih solekan (makeup remover), SAFI BALQIS OXYWHITE. 

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga!
6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga! 

Untuk pengetahuan korang, solekan yang tak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori kulit tersumbat. Nanti mulalah macam-macam 'alien' muncul. Jerawatlah jeragatlah, blackhead lah, blackwhite lah. Sejujurnya, sebelum ni cikla memang menggunakan baby oil untuk bersihkan makeup atau apa-apa kotoran pada kulit muka sebelum mencuci muka dengan cleanser. Tapi, sekarang cikla telah bertukar selera pada pembersih solekan SAFI BALQIS OXYWHITE. Sememang ia kena dengan 'selera' cikla sebab dengan menggunakan produk ini, ia menjadikan kulit muka kita lebih segar dan kesan makeup pun mudah tanggal. Orang cakap sekali zassss dah hilang dah. Baunya pun wangi. 

Kelebihan yang ada pada produk ini memang tak perlu diragukan lagi sebab gabungan Nano Oxygen dan Nano Biowhite berfungsi menghasilkan kulit kita lebih segar, berseri dan cerah sempurna. Diulangi... Cerah sempurna. Siapa yang tak nak kan... Betul tak? So, 3 fungsi menarik mengenai pembersih solekan SAFI BALQIS OXYWHITE adalah seperti berikut:

  1. Telah diuji secara dermatologi.
  2. Diformulasikan dengan teknologi Micellar berasaskan air. (korang jangan pulak tanya cikla apa bendanya teknologi micellar. Tanyalah pada yang pakar ok).
  3. Bertindak menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna. 
  4. Membantu mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik. 
  5. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah jenis kulit sensitif. 

Cara penggunaannya, tuangkan cecair pada kapas kemudian ratakan pada seluruh muka termasuklah sekitar mata. Urut perlahan-lahan dan tak perlu dibilas. 

CC krim SAFI BALQIS OXYWHITE. 

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga!
6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga! 

Rasanya cikla pernah share mengenai cc krim ni sebelum ni. Cikla memang dah lama guna cc krim ni sejak bertukar dari menggunakan bb cream brand lain sebelum ni dan setia sampai sekarang menggunakannya. Apa yang cikla boleh kongsikan, CC krim SAFI BALQIS OXYWHITE ini memang best sebab ia memang berjaya memyembunyikan noda-noda dan cela pada mukaku ini, haha. Cikla memang menjadikan CC krim ni sebagai asas solekan. Sifatnya yang bertekstur ringan dan berasaskan air memjadikan kulit muka lebih mulus dan mencerah dengan pantas. Kandungan yang sama seperti produk berasaskan Nano Oxygen dan Nano BioWhite menjadikan kulit lebih sihat berseri dan cerah sempurna. Itu semestinya! 

Cara nak guna pun mudah je iaitu just ratakan krim pada muka dan leher. Apa yang bagus korang apply krim ni selepas korang guna Pelembap Muka SAFI BALQIS OXYWHITE. Kira pakej sekalilah tu. Tapi, cikla tak guna pun pelembap tu. Untuk lebih info mengenai CC krim ni, korang klik link berikut ye. 

Baca ini juga : Wajah cantik berseri dengan krim CC SPF25PA++ Safi Balqis OxyWhite.

Krim Anti Jerawat, SAFI BALQIS OXYWHITE. 

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga!
6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga! 

Cikla percaya, keadaan muka yang berjerawat sememangnya membuatkan kita merasa kurang yakin dan selesa bila berhadapan dengan orang. Betul tak? So, ada satu produk SAFI yang boleh membantu mengatasi masalah ini iaitu krim anti jerawat SAFI BALQIS OXYWHITE. Sejujurnya, cikla pun baru guna jugak produk ni dan mungkin produk agak baru jugaklah kot sebab sebelum ni cikla tak pernah nampak pun. Nak dijadikan cerita, muka cikla ni asyik dikunjungi jerawat yang seketul tapi menyakitkan, cikla cuba pakai krim ni. Hasilnya, jerawatku yang seketul ini cepat masak dan mengecut.

Berikut 6 fungsi krim anti jerawat ini adalah seperti berikut :

  1. Diformulasikan dari 99.9% anti bakteria dengan gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite. 
  2. Bertindak sebagai rawatan intensif untk anti jerawat. 
  3. Menghalang pembentukan bintik hitam. 
  4. Memudarkan parut jerawat  
  5. Kandungan mineral zink mikro yang bertindak mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat dari berulang. 
  6. Kandungan Lipid Enhancer yang mana ia membantu meredakan kulit yang kemerahan. 
  7. Kandungan AHA yang mana ia mengawal jerawat punca bakteria secara semulajadi. 

Caranya adalah, apply sedikit krim anti jerawat pada jerawat dan bekas jerawat setiap pagi dan malam. Tapi, korang kena ingat yang produk ini hanya untuk kegunaan luaran saja tau. In case, kot-kot korang tak tau kan. 

Talkum Wangi SAFI BALQIS WHITE TRILOGY dan Minyak Zaitun (Sejati) SAFI. 

6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga!
6 produk SAFI best yang cikla guna yang korang patut guna juga! 

Kali ni cikla combine 2 produk sekali ye. Talkum wangi ni memang cikla dah guna berkurun lamanya dah. Mak cikla pun guna talkum ni. Wangi dan segar sepanjang masa katanya kan. Hihi. Talkum Wangi SAFI BALQIS WHITE TRILOGY ni sememangnya akan menjadikan kita sentiasa berbau harum mewangi dan segar sepanjang hari di samping menyerlahkan penampilan kulit. Gabungan Arbutin, Nano BioWhite dan kiwi dikatakan mampu mengurangkan kesan pembentukan melanin sementara pelindung UV yang mana ia berfungsi melindungi kulit daripada pancaran UV yang membahayakan. Hasilnya, kulit akan jadi lebih halus, mulus dan cerah sempurna. Just sapukan pada muka dan leher. Hmmm.. Wanginya.

Kalau tak silap cikla, minyak zaitun keluaran SAFI ni banyak jenisnya. Tapi cikla suka yang ni, jenis SEJATI. Minyak zaitun SEJATI SAFI adalah pelembap asli yang diperkaya dengan vitamin A, C dan E yang mana ia mampu untuk memelihara kelembapan serta kesihatan rambut dan kulit. Sifatnya yang lembut, cepat meresap tanpa kesan berminyak serta tidak melekit. Tapi, bagi cikla ciri penting yang ada pada minyak zaitun ni adalah baunya yang wangi. So, antara kelebihan produk ini adalah ia boleh digunakan sebagai minyak untuk mengurut, makeup remover, melembapkan kulit baby dan sebagai pelembap bibir. Cikla memang dah lama guna minyak zaitun ni untuk rambut terutamanya. Memang wangi je rambut bila kita memakainya.

Apa yang penting, semua rangkaian produk SAFI ni mengamalkan sistem piawai halal yang ketat yang mana ia tak mengandungi alkohol atau bahan berasaskan haiwan. So, gunakanlah produk barangan penjagaan diri SAFI tanpa ragu dan was-was sesuai dengan tagline nya 'SELAMAT DAN SUCI'. Harga pun murah dan memang mampu milik!

#safiseiringkehendaksyarak

2 comments:

  1. PC guna CC cream dan pencuci muka juga CikLa..

    ReplyDelete
  2. Produk safi memang best. Dari zaman remaja lagi kinah guna

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.