Kelebihan Surah Al-Ikhlas.

By Cikla Shahril - April 20, 2018

Sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah SWT dan mengikut sunnah Rasullullah SAW, kita sangat digalakkan untuk mengamalkan surah-surah di dalam Al-Quran. 

Tak dapat nak hafal surah yang panjang, dapat hafal dan hadamkan surah yang pendek pun dah ok dah. 

Salah satu surah pendek yang biasa kita baca di dalam solat adalah Surah Al-Ikhlas. So, cikla nak share dengan korang, manfaat dan keberkatan yang kita boleh perolehi dengan membaca surah ini.

Keberkatan Surah Al-Ikhlas. 
*Sebelum kita memulakan kerja, sebaiknya mulailah dengan membaca surah ini kerana dengan bacaan di dalam badan kita dan juga di sekeliling kita (mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan).

*Sebelum kita masuk ke dalam rumah, bacalah surah Al-Ikhlas ini sebanyak 3 kali. Kemudian, masuklah ke dalam rumah dengan kaki kanan dan Bismillah. 

Berilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah dan kalau takde orang di rumah berilah salam jugak sebab malaikat rumah akan menyahut.

* Sentiasa membacanya ketika sakit. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. "

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby. Waallahualam.

*Khatam Al-Quran. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa dua-tiga minit?." Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat. Kemudian, Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas, Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas.
Kelebihan Surah Al-Ikhlas. Sumber Google. 

* Mendapat pahala membacanya. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

"Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...."

Sabda Rasulullah SAW lagi :

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya, Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. "

Jom kita amalkan selepas ini lebih-lebih lagi selepas solat di dalam doa kita. Semoga bermanfaat.

Kredit : WhatsApp Group.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments