Mahu kekal bermaya walaupun baru bangun tidur? Jom baca ni...

By Cikla Shahril - April 11, 2018

Biasalah kan, kalau kita tidur lewat pada malam hari mesti esokmya kita rasa malas je nak berganjak dari katil kan. Jam loceng menjerit-jerit dekat tepi telinga tu suruh bangun, tapi makin kuat bunyi jam loceng tu makin ditarik selimut tu. Haha. Apa kata lepas ni korang try praktikkan tip berikut supaya korang nampak lebih fresh walaupun korang baru bangun tidur. Jom baca.

Mahu kekal bermaya walaupun baru bangun tidur? Jom baca ni...

Sebaik saja korang sedar dari tidur, jangan terus bangun dari katil tu. Apa kata korang buat senaman ringan, paling tidak pun korang duduk dan angkat tangan ke atas kepala kemudian sengetkan badan ke kanan dan ke kiri supaya bahagian pinggang dapat diregangkan. Itu senaman paling basic lah. 

Bangun dari tidur korang minunlah segelas air sebelum korang menggosok gigi dan bersarapan. Ini kerana air berfungsi menggantikan cecair yang hilang dalam badan semasa tidur selain dari ia dapat melancarkan sistem pencernaan dan menghilangkan rasa lapar. Selain itu, ia juga dapat membantu kulit korang menjadi lebih bersih dan bermaya. 

Elakkan dari minum kopi terlalu kerap. *ala, favourite cikla ni, huhu. Walaupun kita tau, dengan meminum kopi dapat memgembalikan kesegaran badan kita di samping mengelakkan kita rasa mengantuk, tapi di sisi yang lain kopi turut memberi kesan buruk kalau diambil secara berlebihan. 

Lepas ni kurangkan pengambilan kopi pada waktu pagi dan gantikan dengan air masak terutama semasa perut masih kosong. Lepas ni kita try ubah ye. 

Kalau nak lebih fresh lagi, lepas bangun tidur terus pergi mandi sebab bila kita mandi kita akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk memulakan aktiviti seharian kita. Semasa tengah bersiap pulak, korang on lah music kegemaran korang. So, ini akan merangsang mood ceria dan happy korang tu.

Jom refreshing diri kita di waktu pagi. 

Kredit Ruangan Gen.Y, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Dah lama miza tak minum kopi pagi-pagi tak sempat nak membancuh

    ReplyDelete
  2. Tang minum air kosong sebaik saja bangun tido tue la yang susahnya sebab masa tue la terasa nak kencing la nak apalah, terus tak buat.. hihihi

    ReplyDelete
  3. betul tu cikla. tp mak wajib kopi 😅 kurangkurang kena 2 cawan

    ReplyDelete
  4. memang sekarang dah jadi rutin cari air dulu sebelum mandi

    ReplyDelete