Cara menunaikan solat tarawih di rumah. Tiada alasan untuk tidak beribadat di bulan yang mulia ini.

By Cikla Shahril - May 17, 2018

Benarlah, islam itu memudahkan dan bukannya merumitkan. 

Cikla tahu dan faham, ada sesetengah ibu yang merungut tak dapat nak pergi ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. 

Biasalah kan, lebih-lebih lagi kalau ada anak kecik, lepas tu tak orang nak jaga pulak.

Tapi, solat tarawih bukan selalu pun kita buat kan. Orang cakap, setahun 30 hari je kita berpeluang menunaikannya. 

Memang terasa rugi kan kalau kita tak rebut peluang tunaikan solat tarawih ni. 

Lagipun, bagi cikla time bulan Ramadan inilah kita nak cari pahala banyak-banyak. Bukan bulan lain tak boleh cari pahala, tapi bulan Ramadan ni lebih istimewanya.  

Anugerah terindah dari Allah untuk hambaNya!

Cara menunaikan solat tarawih di rumah. Tiada alasan untuk tidak beribadat di bulan yang mulia ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Malam tadi pun dan mula solat tarawih. So, bagi mereka yang tak berkesempatan menunaikan solat tarawih malam tdi, apa kata kita cuba buat malam ni. Tak perlu pergi ke masjid pun. Korang tunaikan di rumah je.

Cara menunaikan solat tarawih di rumah.

Untuk pengetahuan korang, solat tarawih adalah solat yang dilakukan selepas kita menunaikan solat Isyak. Apa yang istimewanya, tempoh menunaikan solat tarawih ini adalah sehingga ke akhir malam. 

So, kalau korang menunaikannya di rumah, bolehlah korang berehat dulu, sambil-sambil tu tunggu anak-anak tidur semuanya. Barulah kita boleh beribadah dengan tenang.

Berikut merupakan langkah-langkah menunaikan solat tarawih di rumah, iaitu :

Niatnya solat tarawih :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

"Sahaja aku solat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala."

Untuk bilangan rakaat pulak, korang buatlah berapa yang korang termampu. Rakaat yang paling biasa dan ringkas adalah 11 rakaat iaitu 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. 

Lakukan setiap 2 rakaat untuk tarawih itu diakhiri dengan satu salam dan begitulah seterusnya.  

Untuk solat witir pulak, lakukan solat 2 rakaat dengan 1 salam dan diakhiri dengan 1 rakaat witir dan 1 salam. 

Apa yang korang perlu tahu, surah wajib adalah surah Al-Fatihah, dan surah-surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Selain itu, semua bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tak  termasuk dalam amalan solat tarawih, tapi ia hanya selingan di antara solat. 

So, tak ada larangan kalau korang nak berselawat atau berdoa pun. Kalau dilakukan memang baguslah tapi, kalau tak buat pun ia tak akan menjejaskan solat tarawih yang korang dah buat tu.

Kenapa kena buat solat witir selepas solat tarawih?

Kalau korang nak tau, solat witir adalah solat subat yang sangat-sangat dituntut untuk kita lakukannya. 

Hukum solat witir adalah Sunnat Muakkad. Untuk pengetahuan korang jugak, jumlah rakaat solat witir paling banyak adalah 11 rakaat (6 salam), tapi sebaik-baiknya adalah 3 rakaat (2 salam) dan paling sikit pun satu rakaat saja. 

Kalau korang berniat nak buat qiyamullail, korang boleh tangguhkan dulu solat witir lepas dah selesai qiyamullail sebab solat witir merupakan penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

Niat solat sunat witir dua rakaat adalah seperti berikut :

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala."

Niat solat sunat witir satu rakaat pulak adalah seperti di bawah :

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala."

Zikir selepas solat witir pula :

 (3X) سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ 

Doa solat witir : 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Senang je kan. So, lepas ni takde alasan dah kan untuk kita tak melakukan. Semoga kita semua beroleh barokah di bulan yang mulia ini.

Kredit Khalish Susu Kambing HQ.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments