5 rahsia cantik dengan yogurt.

By Cikla Shahril - February 16, 2018

Cikla rasa kebanyakan orang sukakan yogurt. Betul tak? Ada orang menjadikan yogurt sebagai salah satu menu wajibnya semasa berdiet. Malah, ada jugak yang menjadikan yogurt sebagai masker untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. 

So, ini menunjukkan kelebihan yogurt untuk sihat dan cantik kalau kena dengan caranya.

Macam cikla sendiri, cikla pun suka juga makan yogurt. Tapi, bukanlah makan hari-hari. Ia sangat bagus untuk melawaskan sistem pembuangan kita dan dapat membantu melancarkan pergerakan usus kita supaya menjadi lebih sihat. Itu sebab cikla suka makan yogurt sebab ia dapat mengelakkan daripada sembelit.

Kali ni cikla nak share dengan orang apakah kaitan yogurt dan untuk cantik. Ada beberapa rahsia sebenarnya yang mungkin kita tak tau betapa magiknya yogurt memberi manfaat dari segi kecantikan. Jom baca sampai habis kalau nak tau.

5 rahsia cantik dengan yogurt.
5 rahsia cantik dengan yogurt. Kredit Google.

Menghilangkan bintik hitam.

Campurkan tepung jagung dan yogurt untuk dijadikan pes. Gosokkan pes tersebut pada muka korang dalam gerakan membulat secara lembut. Cara ini dikatakan dapat menghilangkan bintik hitam dan bintik putih pada muka. 

Korang boleh jugak tambahkan sedikit kunyit dan serbuk cendana untuk kesan yang lebih boommmm. 

Selain dari manfaat di atas, yogurt juga dikatakan dapat membantu mengurangkan jerawat dan menghalang pertumbuhannya di muka. Jimat pun jimat kan, tak payah nak beli produk mahal-mahal. 

Menghilangkan kelemumur.

Kehadiran kelemumur sememangnya mengusarkan perasaan. Sudahlah kelemumur berkeping-keping di kulit kepala, lepas tu plus pulak dengan gatal merenyam. Memang tak selesa sungguh. 

Takpe, mungkin cara ini boleh membantu korang yang mempunyai masalah sebegini. Gunakan yogurt dengan menyapunya pada kulit kepala dan rambut, kemudian biarkan dalam 20 minit sebelum dicuci bersih. 

Ia dikatakan mampu melicinkan rambut, melegakan kegatalan pada kulit kepala sekaligus mengurangkan kelemumur. 

Apa yang penting, lakukan secara konsisten sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Insha Allah, hasilnya pasti tak mengecewakan korang. 

Melambatkan penuaan kulit.

Semakin bertambah usia, kulit pun semakin kurang keanjalannya dan tanda-tanda penuaan pun semakin ketara. Mulalah hati tu risau kan.  Bukan apa, risau tua sebelum waktunya. Hehe. 

Apa kata korang gunakan yogurt. Caranya sangat senang bin mudah iaitu dengan mencampurkan yogurt dengan timun. Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan garis halus dan kedutan, kerana timum mempunyai kesan penyejukan di mana ia akan membantu mengetatkan liang pori yang terbuka. 

Manakala, yogurt pula dapat membantu dalam proses penegangan kulit. Buatlah sekali seminggu, insha'Allah kesannya pasti positif.

Membantu pengelupasan.

Skrub buatan sendiri iaitu dengan menghancurkan kacang walnut dan campurkan dan campurkan bersama yogurt dikatakan dapat membantu pengelupasan. 

Ini kerana, kacang walnut dapat membantu mengelupaskan liang manakala yogurt pula akan memberikan khasiat pada kulit. 

Selain itu, gabungan mantap ini juga dikatakan dapat membantu menghilangkan kesan tompok kering dan sel kulit mati. Hasilnya, kulit muka akan jadi lebih berseri.

Menjadikan gigi yang putih.

Memang tak dinafikan, yogurt mempunyai zat yang baik iaitu kalsium dan fosforus yang sangat bagus untuk menjadikan enamel gigi lebih putih iaitu ia akan menwujudkan lapisan perlindungan bagi menghalang kekuningan gigi sari berlaku. 

Selain itu, ia jugak bagus dalam mengelakkan nafas berbau. Caranya mudah je, just sapukan yogurt secara kerap dan konsisten pada gigi korang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Selamat mencuba.

Kredit Harian Metro, Februari 2018.

  • Share:

You Might Also Like

9 Comments

  1. melambatkan penuaan kulit muka.. okay itu menarik heheh.. boleh cuba.
    jangan sambil2 tepek tu ngap masuk mulut =D

    ReplyDelete
  2. owh baru tahu boleh hilang kelemumur dengan yogurt
    nice info

    ReplyDelete
  3. but i love to eat yogurt. syg nak guna utk benda lain. hhahaha

    ReplyDelete
  4. yogurt ni best bila buat masker tapi tak tahan dengan bau dia

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....wah mmg menarik ni....

    ReplyDelete
  6. banyak rupanya kebaikan yogurt ni hehe

    ReplyDelete
  7. Cikyan pon selalu letak kat muka. Buh sikit ja pon, lebih tu mkn. Hihihi. Best 'rasa' letak yogurt kat muka tu. Bila dah bsuh lg best. Feeling licin je muka.

    ReplyDelete
  8. Beli yogurt utk 2 in 1.. makan dan masker ;)

    ReplyDelete