Apakah hukumnya jika mengambil buahan jiran?

By Cikla Shahril - March 01, 2018

Kadang-kadang memang tak dinafikan ada keadaan di mana, pokok buah jiran yang masak ranum buahnya menjulur masuk ke kawasan rumah kita. 

So, apakah hukumnya jika kita mengambil buah-buahan ini, yang mana ia jatuh di halaman rumah kita? Ini ada jawapannya.
 
Apakah hukumnya jika mengambil buahan jiran?

Menurut Ustaz Ahmad Zainal Abidin (Setiausaha MUIS), hukum asal keadaan ini adalah haram jika mengambil atau memakan buah tersebut. 

Ini kerana ia adalah milik orang lain kecuali kalau diberi izin untuk mengambilnya. Tambahan pula, hal ini adalah termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara salah (batil). 

Ini sesuai dengan firman Allah SWT, yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah." (Surah Al-Baqarah ayat 188).

Akan tetapi, syarak mengiktiraf adat dan budaya baik sesuatu tempat itu. 

Kalau adat dan budaya sesuatu masyarakat itu (yang mana hidup berjiran), bahkan mereja saling membenarkan dan menghalalkan sesama mereka, makanya ia adalah dibenarkan mengambil dan memakannya. 

Walaubagaimanapun, adalah  lebih baik kita tidak mengambil atau memakannya kecuali ia telah diketahui secara pasti bahawa jiran tersebut sememangnya seorang yang baik hati, atau terus meminta izin daripada tuan punya pokok.

Imam Nawawi telah berkata dalam kitab Majmuk, mengatakan:

"Hukum buah yang jatuh adalah mengikut hukum buah yang berada di atas pokok (milik tuan pokok) samada jatuh dalam halamannya atau halaman jirannya sekiranya adat sesuatu tempat tuan pokok tidak menghalalkan buah tersebut kepada orang lain. Akan tetapi jika adat sesuatu tempat tuan pokok sememangnya menghalalkannya kepada orang lain, maka pandangan yang paling sahih ia adalah halal." (Rujukan : Majmuk karangan Imam Nawawi)

Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

16 Comments

  1. betul tu haram, tapi ramai yang tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 hal yg kita nmpk remeh, sbnrnya penting utk kita ambil tahu kan

      Delete
  2. Terima kasih perkongsian ilmiah ini Cikla...ada yang mengambil ringan akan hal ini sebenarnya....bahaya kerana ianya menjadi darah daging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt dgn PC. Apa yg dimkn jg drh daging. So, mmg penting utk pastikan sumbernya.

      Delete
  3. haritu ada dengar dekat radio ada yang makan buah dari pokok rumah sebelah dengan alasan buah tu jatuh tempat dia. Harap tuan pokok halalkan la buah dia makan tu

    ReplyDelete
  4. siapa yang ambil tu kena minta maaf dengan jiran lah jawabnya dan minta halalkan
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm itulah kekdahnya.. Tp kdg2 manusia ni hal mcm ni selalu ambil ringan, padahal berat jugak sbb apa yg dimkn jd darah daging kan... Tak bolehlah nk anggap yg tuan buah tu halalkan. Hati manusia manalah kita tau kn...

      Delete
  5. nice sharing sis :D kekadang ramai amik remeh benda ni kan

    ReplyDelete
  6. tapi ada juga yang buat tak tahu. main rembat je. sabar je la

    ReplyDelete
  7. ni standard la kot. memang haram. ibarat mencuri.
    tapi tu la. lain la kalau kita kenal org nyer.
    mostly zaman skang, org kalau tanam, niat bersedekah...

    ReplyDelete