Pemakaian kanta lekap murah, risiko buta menanti anda!

By Cikla Shahril - March 05, 2018

Zaman sekarang ni, memang tak dinafikan terlalu banyak lambakan kanta lekap murah yang dijual di pasaran tak kiralah pasar malam atau secara online

Apa yang memeranjatkan, kanta lekap tersebut dijual dengan harga semurah RM5. Oooo hoi, murah gila tu. Sudahlah harganya murah, lepas tu senang pulak nak dapat di samping pilihan warna yang pelbagai dah tentu menarik minat mereka gila lens termasuklah remaja perempuan.

Dulu cikla memang pakai kanta lekap, tapi bukan kanta lekap yang berwarna atau yang untuk bergaya tu. Cikla pakai kanta lekap untuk rabun. Masa anak tak ramai memang cikla rajin pakai kanta lekap kalau nak keluar ke mana-mana. 

Tapi, sekarang ni anak dah ramai, macam malas pulak nak pakai. Bukan apa, kalau keluar tu kadang-kadang rushing nak cepat, capai apa yang sempat ajelah. 

Lepas tu, dengan anak lagi. Memang lupakan ajelah. Haha. Cikla tak pakai pakai lens yang murah macam ni. Lens tu cikla beli di kedai cermin mata. Tapi, itu dulu.

Pemakaian kanta lekap murah, risiko buta menanti anda!
Pemakaian kanta lekap murah, risiko buta menanti anda! Kredit Google.

Berkaitan dengan kanta lekap murah ni, cikla rasa bukan diaorang tak tau risiko yang diaorang kena hadap bila memakainya. Tapi, entahlah. 

Pendapat cikla, mungkin disebabkan pengaruh sekeliling terutama kawan-kawan yang turut memakai kanta lekap ni membuatkan mereka pun nak pakai sama.

Apa yang cikla baca di ruangan Harian Metro hari ini, pemakai kanta lekap murah mungkin menghadapi risiko buta. Allahu, takutnya dengar kan. 

Sebenarnya, penggunaan kanta lekap adalah pengganti kepada cermin mata untuk mengatasi masalah rabun, selain dari manfaat kosmetik iaitu menutup 'kecacatan' pada mata. 

Apa yang terpenting adalah penjagaan kanta lekap tersebut sebab kalau korang nak tau, pemakaian kanta lekap hanya terhad dalam tempoh 8 jam je dan jangan sesekali memakai kanta lekap semasa tidur.

Pemakaian kanta lekap murah, risiko buta menanti anda!
Pemakaian kanta lekap murah, risiko buta menanti anda! 

Kalau penjagaan ini diabaikan, korang rasalah risiko yang korang hadap nanti seperti mata merah, kering dan apa yang paling terus bila mata dijangkiti kuman (bahagian kornea mata) yang boleh mengakibatkan buta. 

So, jangan mudah terpedaya dengan 'kemurahan' harga kanta lekap dek kerana nak nampak cantik dan bergaya. 

Bagi cikla, mata adalah anugerah paling berharga yang Allah berikan pada kita. Tanpanya, dunia kita gelap gelita. Sepatutnya kita menghargai dan bersyukur sebab kita masih memiliki anugerah yang tak ternilai ini. 

Kalau kita nak melakukan sesuatu yang memberikan risiko buruk kepada mata demi kepuasan hati sendiri, fikirlah pada mereka yang memang tak dikurniakan anugerah ni sejak dari kecil.

"Dari mata turun ke hati."

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Hati-hati..fikir banyak kali...biar pun kanta lekap mahal..yang paling penting kebersihan diutamakan...apatah lagi yang murah..kalau boleh elak...cuba elak.

    ReplyDelete
  2. Kak sha bukan jenis guna kanta lekap.. mmg tak reti. Hehehe.. tp since banyak tgk kat ig org jual rega rm5. Rasa takut pulak tgk... huhu...

    ReplyDelete
  3. cikyan xpenah pakai contact lense..sbb takut..tapi teringin jugak..hahahhaa

    thanks for sharing !

    ReplyDelete
  4. Sama Cik La..dulu saya pun pengguna contact lens tegar..tapi dulu tak ada yg jual murah2 cam skrg ni..mmg beli kat kedai cermin mata..lgipun power saya tinggi & tak sama untuk kedua2 belah mata..Jadi mmg saya akan guna contact lens yg dibeli kat kedai cermin mata sahaja..kalau skrg saya masih aktif pakai contact lens pun, saya tak berani nak beli yg murah-murah..tatut...

    ReplyDelete
  5. bahaya! kena la hati-hati ekk.
    aida ni pakai contact lens dari 1998 hingga la beranak Izzat, 2012.
    pastu, tak pakai dah. mata start ada kuman.
    gatal2 yg amat.
    now 24/7 dgn spec aje. asben tak kasik dah pakai c.lens.

    ReplyDelete