Pertama kali masak sup ayam dengan celery.

By Cikla Shahril - March 08, 2018

Bangun tidur pagi tadi, cikla plan nak masak sup ayam untuk menu tengah hari. Bukan apa, anak-anak cikla ni kalau ayam masak sup, masak kari dengan masak merah je laju diaorang makan. Kalau sup ayam, siap ratah-ratah lagi. Masak seperiuk sup ayam memang sekali hadaplah senang cakap.

Lepas tidurkan adik Zara (sebab malas nak bawak dia nanti banyak sangat drama swasta. Hehe) cikla pun pergi beli ayam fresh dengan sedikit sayur buat tambah-tambah menu. Dah siap beli semua, baliklah rumah. 

Sampai rumah rupanya daun sup pulak takde. Adoii. Terpaksalah keluar balik cari daun sup. Sampai kedai, daun sup pulak takde. Yang ada daun kucai. Alamak, macam mana ni. Daun kucai masak dengan taugeh besar tu sedaplah. 

Cikla memang kurang suka kalau masak sup tak letak daun sup. Rasa macam sup yang kosong pulak, tasteless.

Pertama kali masak sup ayam dengan celery.
Celery atau nama orang melayunya, batang saderi sememangnya menjadi 'penyelamat' sup cikla. Nak tau kenapa? Jom sambung balik kisah si celery ni.

Pertama kali masak sup ayam dengan celery.
Pertama kali masak sup ayam dengan celery.

Dalam berfikir-fikir nak ganti apa dengan daun sup, cikla terpandang pulak 2 ikat celery yang ada kat kedai tu. Emm, serius memang sebelum ni cikla tak pernah makan celery ni. Macam manalah rasa dia kan. Tapi kan, daripada takde, cikla ambil satu sebab sebelum ni cikla pernah jumpa orang masak sup letak celery ni.

Balik rumah, sesi membersih ayam pun dimulai. Selepas tu, cikla tumis pulak bawang putih, bawang merah, halia dengan rempah sup ADABI dalam periuk. Bila dah naik bau dan garing, masukkan masukkan ayam dan air dalam periuk, biarkan mendidih. 

Berbalik kepada cerita si celery tu pulak, cikla buka bungkusan yang membungkus celery itu. Cikla bau. Aik, kenapa baunya macam daun sup. Ke memang daun sup, haha. Confius kejap. Daunnya pun sama macam daun sup. Tapi rasa tak taulah lagi kan. 

Senang cakap, daun saderi ni daun sup versi gemuk, haha. Dah siap hiris sederhana halus si celery tu cikla masukkan dalam sup, bersama dengan bawang goreng. Last, cikla masukkan tomato sebab cikla suka rasa masam-masam sikit.

Pertama kali masak sup ayam dengan celery.
Pertama kali masak sup ayam dengan celery.

Pertama kali masak sup ayam dengan celery.
Pertama kali masak sup ayam dengan celery.

Disebabkan excited sangat nak tau macam mana rasa celery ni, sup tak sempat sejuk cikla dah bedal. Takde rasa daun sup pun, tapi baunya sama pulak. Tapi, kiralah oklah, kot-kot lepas ni tak dapat cari daun sup, ganti dengan celery pun ok jugak. Oklah kan, dari takde. *teruk benar, celery pun tak pernah makan. Apa daaaa.

Cikla ada terbaca yang celery ni bagus dan banyak khasiatnya. Biasanya ia dicampur dengan buah atau sayur lain untuk dijadikan jus yang menyihatkan.

Antara kebaikan dan khasiat celery adalah:

  • Satu batang celery mengandungi hanya 10 kalori di dalamnya. Ia amat sesuai dijadikan menu wajib (buat salad, jus, goreng atau sup) bagi mereka yang sedang berdiet.
  • Bagi mereka yang mempunyai sakit sendi, asma, jangkitan paru-paru, alergik ataupun masalah jerawat elok ambil celery ni sebab ia dapat membantu mengurangkan keradangan. 
  • Mengandungi magnesium dan minyak lati yang dapat melegakan sistem saraf. Ia sangat sesuai dijadikan kudapan terutama bagi mereka yang sentiasa stress dan mengalami insomnia. Amalkan celery sebagai kudapan anda yang dijadikan jus. 
  • Membantu sistem penghadaman kerana di dalamnya terkandungnya air dan fiber yang agak tinggi. Ia adalah sesuai untuk mereka yang selalu sembelit.
  • Mengandungi garam organik yang diperlukan untuk kesihatan tubuh, selain dari vitamin A yang baik untuk mata. Selain itu, ada kajian mengatakan dengan mengamalkan dua batang celery sehari mampu menghapuskan kolesterol jahat. 
  • Dengan memakan celery secara mentah, ia bagus untuk mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi sebab celery bagus dalam membantu menurunkan tekanan darah. 
  • Ada kajian mengatakan celery dapat melawan penyakit kanser iaitu dengan mengamalkan memakan celery secara konsisten. Ia dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan sel jahat ini. 

Pertama kali masak sup ayam dengan celery.
Pertama kali masak sup ayam dengan celery.

Ehh, ada tip ke masa nak beli celery ni? 

Tentulah ada. Sebenarnya, cikla ada terbaca jugak, kalau masa kita nak beli celery, kita boleh praktikkan 3 tip berikut, iaitu :

  1. Semasa korang memilih celery ni, pastikan batangnya masih ranggup dan mudah dipatahkan bila ia dibengkokkan. 
  2. Pastikan jugak yang daunnya masih segar dan warnanya agak gelap. 
  3. Untuk pengetahuan korang, celery yang dipotong segar dikatakan boleh  mengekalkan kandungan nutrien di dalamnya semasa korang menikmatinya. 

Wah, rupanya memang banyak khasiat celery ni ye. Harganya pun takdelah mahal sangat. Lepas ni boleh try buat jus pulak. Hehe.

Kredit SINI

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. celery nih sedap sebenarnya bila letak dalam sup
    suka makan bila masuk dalam sup
    rasa sedap harum macam mana entah

    ReplyDelete
  2. Ccl selalu letakkan daun saleri dan juga batang saleri.aroma dia memang wangi

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa, terliur tengok.

    ReplyDelete
  4. kakak sulung aida memang selalu sgt buat sup tau, cikla.
    asben dia tak makan pedas.
    hmmm aida kenal celeri ni dari kakak la.
    biasa la makan kalau kakak yg makan. sedap!

    ReplyDelete